Tindakan provokasi oleh dua individu yang di kenal pasti berbangsa India di terima oleh sdr Mazlan bin Nasir Kariah Surau Attaqwa , jalan utama 50 , Taman Jaya Utama . Telok Panglima Garang . Klang .
Mereka memberi tahu kariah surau tidak dibenarkan membuat ibadah kurban di dalam kawasan surau dengan alasan ia akan di lihat oleh kanak-kanak. tindakan provokasi seperti ini adalah jelas bertentangan dengan prinsip hormat menghormati dikalangan masyarakat Malaysia.
Ibadah Kurban yang di buat setiap tahun menjelang Hari raya Aildil Adha adalah satu ibadat didalam Agama Islam. sesuai dengan perlembagaan Negara yang menjadikan Islam Agama Rasmi Negara , para penganut lain sewajibnya menghormati setiap ibadat penganut Agama Islam sebagaimana umat islam menghormati ibadat agama lain.
kita tidak pernah mendengar umat islam memarahi penganut lain ketika berarak di tengah jalan raya melakukan rutin ibadat mengarak berhala mereka yang menyebabkan kesesakan lalu lintas atau membuat bising dengan bunyi-bunyian dan letupan mercun dimana ia adalah ritual ibadat bagi agama tertentu.
sikap kurang ajar seperti mengahalang ibadat agama islam di lakukan ini bakal mengundang suasana ketegangan kaum dan agama . ia bakal mencetuskan kemarahan dan ketidak puasan hati dikalangan masyarakat pelbagai bangsa.
laporan polis telah dibuat , MJ harap pihak polis dapat bertindak dengan pantas dan sewajarnya bagi mengawal pekara yang tidak diingini berlaku.
No comments:
Post a Comment