“…sent them away from
his son Isaac to the land of the east.”
(Genesis 25:6 New International Version)
(Genesis 25:6 New International Version)
RUJUKAN: https://www.biblegateway.com/passage/?search=Genesis+25:6
Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan
penyimpan rahsia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.
Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia
dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban
manusia. Bangsa ini, yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa
besar yang pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.
Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang,lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey. Untuk mengkaji sifat dan karakter bangsa misteri ini,perlulah dicari dan
dirintis sejarah panjang pengembaraan mereka dan apakah yang ditemui mereka di sepanjang epik perjalanan mereka itu.Faktor yang mewujudkan kepelbagaian dari segi
wajah,bahasa dan personaliti bangsa ini.Faktor yang menjadi sumber ALTER TERAHSIA bangsa misteri ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan alter? Alter dalam bahasa mudah adalah
personaliti tambahan atau pun personaliti lain yang selalunya akan muncul apabila di’suis’
dalam keadaan tertentu.Istilah alter sebenarnya berasal dari istilah mind-control di
mana alter ini muncul setelah seseorang individu mengalami teknik mind-control tertentu
contohnya teknik berasaskan-trauma.
Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang dikejar oleh anjing yang garang.Secara tiba-tiba orang tadi akan berlari sepantas-pantasnya sehingga dia
sendiri merasa hairan dengan kemampuan dirinya yang luar biasa itu.Padahal setiap kali
pertandingan larian 100 meter,dialah yang tercorot (misalnya). Juga jika seseorang yang dianggap lemah dalam sesuatu perkara,secara tiba-tiba
menjadi begitu bersemangat dan gagah bila menyentuh perkara yang lain.
Satu contoh yang baik tentang alter ialah dalam buku Norman Cousins berjudul Anatomy of an Illness, yang menceritakan kisah yang penuh dengan maklumat
tentang Pablo Casals,salah seorang pemuzik yang terhandal dalam abad ke 20.
Cousins menceritakan pertemuannya dengan Casals tidak lama sebelum hari jadinya yang ke
90 pemain celo yang handal itu.Cousins mengatakan bahawa adalah sangat menyiksakan untuk melihat orang tua itu semasa dia memulakan harinya.
“Dia sangat lemah dan artritisnya tambah melemahkannya sehinggakan dia memerlukan pertolongan untuk memakai pakaian.Emfisemanya sangat jelas semasa
dia bertungkus lumus untuk bernafas.Dia berjalan dengan mengheretkan
kakinya,badannya bongkok dan kepalanya menjunam ke depan.Tangan-tangannya membengkak dan
jarijarinya menggenggam.
Dia kelihatan seperti seorang yang amat tua,dan tersangat letih”. “Sebelum waktu makan,dia berjalan ke arah piano,iaitu salah satu alat muzik
yang Casals cekap bermain.Dengan bersusah payah dia membetul-betulkan dirinya di
atas kerusi piano.Dia nampaknya bersusah-payah berusaha untuk membawa jari-jarinya yang bengkak lagi tergenggam itu ke papan tanda.”
Kemudian sesuatu yang menakjubkan berlaku.Casals dengan tiba-tiba betul-betul
dapat mengubah dirinya di depan mata Cousins.Dia telah masuk ke dalam keadaan yang pintar akal,dan semasa dia melakukannya,fisiologinya berubah ke tahap di mana
dia mula bergerak dan bermain,menunjukkan di kedua-dua badan dan piano hasil yang sepatutnya hanya berlaku pada seorang pemain piano yang sihat,kuat dan fleksibel.Seperti yang dinyatakan oleh Cousins,
“Jari-jarinya terbuka dengan perlahan-lahan dan mencapai ke arah mata piano
seperti tunas-tunas pokok bergerak ke arah cahaya matahari.Belakangnya ditegakkan.Dia nampaknya bernafas dengan lebih mudah”.
“Tubuh badannya tidak lagi kaku dan susut tetapi lemah lembut dan benar-benar
bebas daripada lingkaran hidup atritisnya.Apabila dia meninggalkan piano,dia
kelihatan benar-benar berubah daripada orang yang mula-mula duduk bermain.Dia
berdiri dengan lebih tegak dan lebih tinggi;dia berjalan tanpa ada tandatanda
mengheretkan kakinya.Dia serta-merta berjalan ke meja sarapan pagi,makan
bersungguh-sungguh,dan kemudian keluar berjalan-jalan disepanjang pantai”.
Alter
selalunya tersembunyi dibelakang personaliti utama yang membayangi alter-alter tadi.Tetapi
apabila subjek berada dalam keadaan tertentu di mana personaliti utama tidak
mampu menanganinya,alter ini akan tiba-tiba muncul dan beraksi.Maka subjek tadi
akan berubah menjadi alter lain,berbeza dari alter utama(personaliti
utama).Tidak mustahil pula alter ini menggantikan pula alter sebelumnya sebagai
personaliti utama subjek tersebut. Alter inilah yang tersembunyi di dalam
setiap orang Melayu yang kenal dirinya,asal usulnya dan siapa dirinya yang
sebenar. ‘Melayu’ adalah bangsa misteri yang dimaksudkan,telah banyak berubah
dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah Kanaan dan Sumeria
(Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama beribu-ribu tahun
dahulu,serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang merentasi beratus
kilometer menuju ke arah timur untuk menuju ke arah ‘The Promised Land’ seperti
yang diwahyukan Tuhan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Menurut kajian geneologi setakat ini,Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyai
tiga orang isteri,iaitu Sarah,Hajar dan yang terakhir Keturah.Sarah telah melahirkan
Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael).Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu Zimran,Jokshan,Medan,Midian,Ishbak dan Shuah.Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab.Kebanyakan teks-teks Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula
dengan Keturah,isteri bongsu Nabi Ibrahim.Sarah,iaitu mempunyai pertalian
keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu
tempat Nabi Ibrahim tinggal,manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja
Firaun Mesir.Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah
sebagai ‘unknown nationality’.
rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Keturah
Persoalannya,
“Siapakah Keturah ini?”
Dari mana dia berasal?.Telah ditakdirkan dari perut Keturah ini lahirlah
bangsa-bangsa agung penakluk seperti Chaldea,Media dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria,Akkadia,Assyria,Babylon dan lainnya dari kalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuh dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam
teks Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa-bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah.
Selama beribu-ribu tahun bangsa Yahudi diperangi,dibuli dan dikacau oleh bangsa
bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam
hikayat-hikayat mereka sebagai ‘raksasa’,'orang gasar(barbarian)’,'kaum yang
ganas’ dan sebagainya.Jika kita lihat kisah Nabi Musa yang ingin kaumnya
memasuki Tanah Palestin,di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinya kerana terdapat ‘kaum yang ganas’ di dalam Palestin dan sanggup mengeluarkan kata-kata,
“Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah,dan kami
menunggu di sini” (Kisah Nabi Musa)
Perlu diingat,akibat trauma dengan sejarah pedih bangsa mereka yang dibuli oleh saudara mereka yang ramai dari sebelah ibu tiri mereka Keturah,rabbi-rabbi
Yahudi telah membeza-bezakan taraf isteri-isteri nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja
disebut sebagai isteri (wife) manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine).Kita
boleh lihat di dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil),di mana
mereka telah mengubah tafsiran isteri-isteri nabi Ibrahim.
Sesungguhnya Nabi Ibrahim
selaku Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membeza-bezakan isterinya,meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail
ke lembah gersang diMekah.Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan
anaknya yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang panas.Namun perintah
Tuhan tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika itu adalah
Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail kelak.
Adakah hanya Siti Khadijah sahaja sebagai isteri NabiMuhammad s.a.w manakala isteri-isterinya
yang lain hanya layak disebut gundik? TIDAK SAMA SEKALI.Walhal pada asalnya Siti Sarah adalah wanita yang mandul,sebelum Allah s.w.t mengurniakan Nabi Ishak kepadanya pada saat umur yang terlampau tua.Sebab itulah Siti Sarah berkeras
mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba perempuan Firaun) dengan suaminya
bagi meneruskan keturunan.Bukan sahaja disebut gundik,malah perasaan rasis
mereka terhadap keturunan Keturah meleret-leret dengan mengheret keturunan Siti
Hajar bersama-sama.Siti Hajar dikatakan hamba Firaun manakala sumber lain pula
menyatakan ‘gundik Firaun’.Padahal Siti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang
diserahkan kepada Nabi Ibrahim untuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu
yang ingin memperkosa Siti Sarah semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah di dalam
tahanannya .Dengan kuasa Allah setiap kali Firaun datang untuk memperkosa Siti Sarah,perbuatannya
terhalang secara aneh berkat doa Nabi Ibrahim.
Dari situ barulah Firaun sedar bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan orang
dan mungkin berasal dari orang suci yang harus dihormati.Akibat rasa bersalah yang
teramat sangat,maka bukan sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah
membekalkan mereka dengan seorang perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai
‘kifarat’ dan hadiah kepada Nabi Ibrahim.Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika
perjalanan pulang di mana Nabi Ibrahim membuka tutup kepala perempuan itu
sambil bertanyakan asal-usulnya yang pada awalnya disangka seorang hamba yang
dihadiahkan kepada mereka.Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim dan Siti Sarah bila
mendengar pengakuan dari perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Firaun
bertaraf puteri diraja. Tersentuh hati Nabi Ibrahim sambil mengucapkan kesyukuran
kepada Allah s.w.t yang sememangnya berkehendak menjaga keturunannya sebaik-baiknya.Jadi
keturunan Nabi Ismail yang turun kepada NabiMuhammad s.a.w adalah berketurunan
diraja dari empayar agung Firaun yang pengaruhnya melewati Anatolia dan Kanaan
ketika itu (Firaun ini berbeza langsung dengan Firaun di zaman Nabi Musa kerana Firaun ini hidup lebih lama dari Ramses II kerana sezaman dengan Nabi Ibrahim).
Perlu dingatkan bahawa semasa zaman Nabi Ibrahim tidak ada bangsa yang disebut sebagai Yahudi.Dan sesungguhnya Nabi Ibrahim bukanlah seorang Yahudi.Nabi Ibrahim adalah berasal dari satu kaum purba yang sezaman dengan bangsa Hittites
yang telah pupus dan bangsa misteri di Mesir (Firaun tadi) yang mungkin
mewariskan rahsia Piramid dan teknologi canggih zaman itu kepada bangsa Qibti
yang menjadi pemerintah selepas itu termasuklah Ramses II di zaman
NabiMusa,dalam Alquran ada disebut:
“Wahai ahli-ahli
Kitab! Mengapa kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim, pada hal Taurat
dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim; patutkah
kamu berdegil sehingga kamu tidak mahu menggunakan akal?….Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah juga
baginda seorang Kristian”.
(Ali Imran: 65 - 68)
Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra’ yang bermaksud suka berjalan malam akibat dari
kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan malam.Dari Nabi Yaakub ini turunlah anak-anaknya termasuk Levi,Yusuf,Bunyamin dan Yahudza.Di sini kita dapat mengesan perkataan yang memaparkan karakter Yahudi seperti Levi dan Yahudza.Bunyamin (Benjamin) pula adalah adik kesayangan Nabi Yusuf,yang kembali bertemu dengan Nabi Yusuf setelah sekian lama terpisah ketika Nabi Yusuf pada waktu itu menjawat jawatan
tinggi dalam kerajaan Raja Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu
digelar al- Aziz bermaksud raja).
Pada waktu itu bangsa Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di bawah pemerintahan bangsa purba lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana di era Nabi Sulaiman dan Nabi
Daud.Dalam pada itu keturunan dari saudara -saudara mereka yang enam orang tadi dari
sebelah Keturah telah membina kekuatan yang amat dasyat,pada masa yang sama mereka
telah mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa Yahudi,mencipta
pelbagai ilmu sains dan teknologi yang canggih,membina negarakota-negarakota
yang bertembok tinggi dan tebal,membina organisasi-organisasi moden yang sistematik
serta menyusun balatentera yang gagah dan teknik peperangan yang maju.
Perlu dingat ketika ini dunia di sebelah lain seperti di Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India masih mundur dan kurang berpenghuni.Adakalanya kaum-kaum dari sebelah Barat ini,(di mana pusat ketamadunan manusia purba bermula dari sini di sekitar Mesopotamia) telah mengembara ke India dan China untuk menangkap kaum asli yang masih bercawat di dalam hutan untuk dijadikan hamba atau buruh kasar membina tembok-tembok dan kota (peristiwa ini dapat dihayati jika kita menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson atau 1000000 B.C).Pada masa yang sama bangsa Yahudi masih ditakuk lama,hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka.Sehinggalah mereka bertembung kembali dengan bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan Babilon (Babil) serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas memusnahkan kediaman mereka.
Bangsa Yahudi menjadi bangsa
hamba dibawah pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang menjajah mereka berkurun
lamanya secara bersilih ganti.Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota
Babilon untuk dijadikan hamba,pencacai,buruh kasar,kuli dan orang gaji dibawah
kekuasaan Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan
dirantai kaki dan tangan mereka. Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat
telah dibakar oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya
menyimpan dan menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi. Diwaktu
pemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan
tekanan hidup yang tinggi.Mereka mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual
yang pelik-pelik dengan harapan syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka
dari penderitaan di bawah penjajahan bangsa Babilon.
Disinilah bermulanya amalan
‘Babilonian Magic’ yang menjadi asas Sihir Gematria, Necronomicon, Kultus
Pentagram,Ramalan Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya
insiden Harut danMarut seperti yang dikisahkan dalam AlQuran. Kegilaan bangsa
Yahudi ini dalam mempelajari sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan
dan menyebabkan ramai nabi diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak
mereka.Bangsa Yahudi adalah bangsa spiritual.Mereka peka kepada perkara-perkara
bersifat ghaib dan misteri.Mereka percaya kepada makhluk halus dan kuasa sakti.Mereka
gemar mempelajari sisi spiritual dari bangsa-bangsa gagah yang menjajah mereka
silih berganti. Berbalik kepada wanita misteri yang menjadi isteri ketiga Nabi
Ibrahim,tidak banyak diketahui tentang kehidupannya malah berasal dari kawasan
mana ataupun dari jurai keturunan mana walaupun sudah pasti berasal dari
kelompok pengikut Nabi Nuh mahupun mungkin terus berasal dari kaum kerabat Nabi
Nuh sendiri.Sumber-sumber kuno Yahudi juga masih samar-samar dalam membicarakan
asal-usul Keturah,si wanita misteri ini.Tetapi jika disusur dari kehidupan Nabi
Ibrahim sebagai ‘patriarch’ (gelaran yang diberikan kepada lelaki yang menjadi
ketua keluarga yang sekaligus sebagai pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya
yang terhormat dan besar) memungkinkan baginda hanya berkahwin dengan suku
terhormat sahaja.Tambahan pula Keturah telah melahirkan anak-anaknya yang
gagah-gagah dan hebat.
*Keturah di khemah sebelah kanan bersama sama 6 anaknya.Diambil dari teks
Yahudi kuno. Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala
digunakan dalam upacara ritual.Dari sini kita dapat menyelusuri susur galur
bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual.Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah.Tetapi
terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat
raja agung Sargon yang memerintah Akkadia (namun begitu teori yang paling
meyakinkan setakat ini ialah Keturah berasal dari Timur Jauh;tempat di mana keturunan
nabi Ibrahim diarahkan menyebar selepas itu).Jika demikian maka sahlah bangsa
misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab
Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah
Sungai Nil ketika itu.
Sesungguhnya
Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah
dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang
lepas.Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang
diwarisi mereka.Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi
terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton
filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah
padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.Arkiteknya dalam
menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan
koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli
astronomi dan ahli nujum Istana.Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid
Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit,dan mengarah
tepat ke arah kiblat.Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan.Siapakah bangsa agung yang mulamula merencanakan pembinaan Piramid?
Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat
dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit.Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi
manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.Maha Suci Allah
yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia.Bangsa misteri yang membina piramid
terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman
itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita
dapati hari ini.Tidak percaya?.Cuba
anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi
Nuh.Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah
dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang
bersimpang siur di udara.
Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi.Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia.TIDAK…TIDAK SAMA SEKALI.Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia,haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis
tumbuh-tumbuhan yang terpilih.Di sini kita dapat mengetahui bahawa profesion
Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoology yang
handal Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang
tidak sampai 100 orang?FIKIRKAN.100 orang itupun ada yang wanita dan
kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera nabi Nuh teramatlah
sedikit.Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri dari orang miskin yang lemah
dan melarat sahaja.Nabi Nuh juga membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad
(sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).Misteri ini benar-benar
memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh
dibina oleh makhluk asing.
Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika
kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang kurangnya.Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin
yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.Masih tidak percaya?.Kalau
kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak
kenyataan ini.
Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut
kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009Masehi.Bagaimana kehidupan manusia di
zaman Nabi Isa hidup.Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas
kelahiran Nabi Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa
Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran
yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi
sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun),maka logiklah kemajuan
manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar. Maka jika
berfikir seperti ini,kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti
Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang
seperti UFO.Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang
ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.
"TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA
APABILA TIBA BALA BENCANA?"
Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang
musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan
material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu
semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak
hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini.Pesta-pesta mandi buih acapkali
diadakan di festival-festival besar.Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali
diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahansembahan berhala
yang mereka pertuhankan.Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar
di media-media antarabangsa.
Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini.Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua,bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja.TIDAK SAMA SEKALI.Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga
elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik.
Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD,CD-RW,DVD,DVD-RWatau sebagainya) di China.Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih
2 juta tahun di Afrika!Apa maksud semua ini?Berapa umur Bumi sebenarnya?Berapa umur umat manusia sebenarnya?.Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat yang dipengaruhi oleh The
Hidden Hand seperti Illuminati
dan Freemason.Mereka ada sebab untuk mengelirukan manusia.Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.
Maka setelah Banjir Besar,para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka
ditelan banjir.Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu,bercucuk tanam
dan mengail ikan.Di waktu-waktu malam mungkin mereka berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka tentang kehidupan
moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter
(kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. wallahualam.
No comments:
Post a Comment