Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausah Agung
DAP. Namanya cukup buat semua orang Melayu menyampah dan benci akan anak kepada
Lim Kit Siang yang antara penyebab 13 Mei, peristiwa berdarah rusuhan kaum di
antar kaum Cina dan Melayu pada tahun 1969.
Dasar-dasar kuku besi Lim Guan Eng setelah menjadi
Setiausaha Agung juga amat di benci dikalangan Ahli-ahli DAP sendiri. LGE
memandu DAP seperti milik mutlak beliau, dalam beberapa kes. LGE telah membuat
pecaturan paksa kepada beberapa jawatan penting dalam DAP,
Sinar Harian 24 september 2013 melaporkan dengan tajuk besar
“Ahli, perwakilan DAP tolak Guan Eng”
Dalam rencana tersebut yang di petik :
Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor
mendakwa, dalam kempen yang dijalankan baru-baru ini, beberapa perkara
dibangkitkan ahli dan perwakilan termasuk menolak Setiausaha Agung DAP.
“Mereka yang sudah lama menjadi ahli dan veteran yang berbilang kaum tidak
diberi perhatian dan pengiktirafan yang sewajarnya.
“…malahan mendapat penindasan walhal mereka inilah yang mempertahankan DAP
waktu ianya hampir tenggelam dahulu dan sekarang mereka katakan bahawa DAP
seperti kacang lupakan kulit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, mereka yang pernah menjadi pengkhianat kepada parti masing-masing
diberi tempat dalam parti mahupun kerajaan negeri.
“Mereka-mereka yang satu ketika dahulu menjadi pengkhianat kepada parti
masing-masing dan kemudian menjadi penyusup dalam DAP.
“Kini, sudah diberi tempat dan kuasa dalam parti mahupun kerajaan. Perkara
berkenaan terjadi adalah disebabkan oleh kelemahan Setiausaha Agung,” katanya.
Menyentuh soal pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), beliau yang
juga Ahli Jawatan Kuasa DAP Pulau Pinang ini memberitahu bahawa ahli dan
perwakilan tidak mahu apa yang dipraktikkan dalam pemerintahan negeri
dipraktikkan untuk mencengkam parti.
“Mereka mahu melihat pemilihan CEC kali ini lebih telus dan terbuka.
“Mereka tidak mahu melihat ‘remote control’ digunakan seperti dalam ‘tender
terbuka’ yang kononnya dilaungkan sebagai telus tetapi sebenarnya penuh dengan
penipuan,” katanya.
Sementara dalam Blog Helen Ang pula mengulas lebih lanjut
tentang pergolakan dalam DAP yang mana menjelaskan bagaimana LGE mengunakan
salah kuasanya dalam mengatur jawatan-jawatan penting dalam DAP dan menyingkir
ahli-ahli DAP yang dipilih secar demokrasi oleh akar umbi.
Rencana di Blog Helen Ang berbunyi:
Wee Choo Keong dan Kua Kia Soong pernah menjadi Ahli
Parlimen mewakili DAP.
Kua yang keluar parti pada tahun 1995 menulis dalam bukunya
‘Inside the DAP’ bahawa Lim Kit Siang “has become synonymous with the DAP
through concentration of power and authority in his position”.
Dalam pendedahan di bukunya, Kua berkata Kit Siang
sebenarnya tidak terdaya menangkis kewujudan sindrom pemerintahan anak-beranak
Lim. Sementara itu, tambah Kua lagi, orang dalaman yang taat
kepada ketua mutlak parti tersebut hanya bersikap ampu bodek (“sycophants”)
serta sedia untuk mencipta alasan-alasan mempertahankan tindak-tanduk ‘si
maharaja’ (“tiresome emperor’s apologists”).
Pada 1990-1995, Wee Choo Keong mengambil alih kerusi Ahli
Parlimen Lee Lam Thye di Bukit Bintang, kubu kuat DAP. Wee disingkir parti pada tahun 1998 manakala Lee lebih awal
keluar parti pada 1990.
Mengulas pertelingkahan Godfather
lwn Warlord yang tercetus baru-baru ini, Wee memberitahu wartawan FMT bahawa
tindakan menentang tidak dibenarkan dalam DAP — gegala yang berpunca daripada
kuasa dipusatkan di tangan Kit Siang selaku setiausaha agung.
Wee juga pernah berkata
dalam blognya:
“This innate behavior of DAP leaders playing ‘Politics
of Tagging‘ whenever their higher-ups are faced with problems and then
resorting to a smear campaign to accuse others of being “BN agents,
disgruntled politicians, wanting to jump ship and what-have-you” is all
too familiar. What should have been the right thing for them to do is address
the real problems that had been highlighted instead of stooping so low. This
desperate act is similar to the McCarthyism practised in America during the
1950’s when most political problems faced by the power-that-be were somehow
because of acts of sabotage by communists. This style of low class politics can
continue to carry on in DAP but it must be stopped within the PR if we are
serious about wanting to see a change of government in the 13th General
Elections.”
Wee membuat catatan di atas pada 5 Feb 2010 serentak dengan
‘witch hunt’ yang dilancarkan oleh konco-konco Guan Eng terhadap Tan Tee Beng
dan Zahrain Mohd Hashim — Yang Berhormat-Yang Berhormat di Pulau Pinang yang
sekarang merupakan Ahli Parlimen bebas setelah keluar Pakatan.
“This style of low class politics” yang disebut Wee merujuk
kepada cara orang kanan Guan Eng menyerang peribadi lawan melalui “smear
campaign” (kempen fitnah). Sesiapa yang kritis terhadap setiausaha agung pasti
akan dituduh sebagai “ejen BN”, jelas Wee.
Koh dipetik Malaysiakini sebagai
berkata memanglah Guan Eng petah bercakap namun dia bukan seorang pemimpin yang
berupaya mencari jalan penyelesaian:
“Of course he can give speeches like Sukarno and Hitler,
he is clever to talk. But what is the solution?”
Politik bercorak McCarthyism (amalan witch hunt) yang
dipraktikkan DAP dibawa mereka ke Pakatan.
Mangsa terbaru ialah kaunsilor MPPP Lim Boo Chang yang
meletak jawatan bulan ini.
Boo Chang telah membantah perjanjian berat sebelah sPICE
diluluskan belanjawan MPPP tanpa ahli-ahli majlis diberikan salinan kontrak
untuk diperiksa.
Seperti yang disebut Wee Choo Keong (atas), “What
should have been the right thing for [DAP] to do is address the real problems
that had been highlighted instead of stooping so low”.
Boo Chang berkata beliau tidak diberikan salinan kontrak.
Adakah dakwaannya benar atau palsu?
Takkan kenyataan mengenai penyelewengan proses pun tidak
mampu disangkal pejabat ketua menteri Pulau Pinang yang dikatakannya telah
menekan MPPP untuk memanfaatkan
pemaju sPICE?
Lim Mah Hui di Penang Forum pada 18 Disember:
Saya ingin bertanya kepada kaunsilor Lim Mah Hui, iaitu
wakil NGO dalam MPPP: Adakah betul tuan pernah menerima salinan kontrak itu?
Soalan senang, kan?
Bersuara demi menegakkan kebenaran suatu perkara yang
mungkin diambil mudah dalam sebuah demokrasi tetapi akan dibendung oleh rejim
autokratik yang sering mengeluarkan perintah tutup mulut.
Ng
Wei Aik (setiausaha politik Guan Eng) telah mencemuh Boo Chang melalui
Twitter serta disusuli para penyokong Pakatan yang – meminjam frasa dari
petikan Wee Choo Keong – giat bermain “politics of tagging”.
Pelbagai panggilan menghina dilontarkan mereka ke atas bekas kaunsillor MPPP
itu di alam siber.
Jika rakan seperjuangannya Lim Mah Hui masih mendiam seribu
bahasa, maka kita harus membuat kesimpulan bahawa CAT
(Competency, Accountability, Transparency)yang digembar-gemburkan
pentadbiran DAP sekadar kucing bertanduk.
Maklumlah badan-badan NGO di Pulau Pinang pun sudah berjaya
dijinakkan oleh DAP. Baca ‘Suddenly,
it’s disconcertingly quiet on the NGO front‘ (NST, 10 Okt 2011)
Cabaran Boo
Chang setakat ini masih belum disahut:
“Pakatan have to answer to my charges on sPICE and
other issues concerning the people, if they are gentleman enough, but not to
resort to character assasination and underhand tactics.”
Cara DAP beoperasi tampak benar ala diktator. Enggan
menangani isu tetapi lebih cenderong mengacah (harass) sesiapa
yang berani mengkritik.
Perangai apparatchik DAP yang terikut-ikut
sifu mereka nyata selaras dengan gaya kerajaan diktator di Korea Utara.
Dalam kes menundukan rakan pakatan pula DAP melalui LGE
nampaknya melihat PAS hanya sebagai budak suruhan yang tiada kuasa dan upaya
untuk bersuara dan menegur DAP. Tambahan pula kelihata beberapa pemimpin PAS
kanan menunjukan sokongan secara tak rasmi kepada setiap arahan LGE. Inin menjadikan
LGE terus memperlekehkan PAS sebagai Parti Melayu Islam yang menjadi rakan
Pakatan . hal ini dapat di lihat dalam
tiga situasi terbaru iaitu , isu pemecatan Bendahari PAS Pulau Pinang dalam Exco
pentadbiran kerajaan Pulau Pinang , Isu saman LGE terhadap MP Temerloh PAS
Nasaruddin Tantawi dan isu serangan
ahli-ahli DAP yang pro LGE mencela PAS agar keluar pakatan dan mereka
mengatakan PAS tiada kekuatan dan hanya lah mengharap ehsan DAP.
Dalam Isu pemecatan Exco Pulau Pinang yang juga Bendahari PAS Pulau Pinang, FMT melaporkan:
Memetik laporan Bernama, Iszuree berkata, hala tuju kerajaan
negeri yang dipimpin oleh DAP hanya gimik sahaja dan ‘cakap tidak serupa
bikin’.
“Saya serahkan perkara ini pada parti untuk menentukannya
kerana saya merupakan ahli majlis yang dilantik oleh parti dan juga Bendahari
Badan Perhubungan PAS Negeri. “Saya juga akan merujuk kepada peguam saya bagi melihat
mempunyai kes atau tidak. Jika ada kes, saya akan membuat saman malu,” katanya.
Iszuree digantung tugas berikutan ucapan teguran membina dan
pandangannya untuk menambah baik polisi pembangunan rakyat Pulau Pinang sebagai
pembahas yang dilantik mewakili PAS Pulau Pinang semasa Muktamar PAS yang
berlangsung di Johor baru-baru ini.
“MalaysiaKini telah ‘misquoted’ kata-kata saya yang
mempertikai dasar perumahan kerajaan negeri. Hasil daripada laporan itu,
beberapa ahli majlis daripada DAP dan PKR mengeluarkan kenyataan balas
mempertikai apa yang saya ucapkan.
“Kerajaan negeri tidak mendapat penjelasan daripada saya dan
berpandukan daripada laporan MalaysiaKini, kerajaan negeri telah mengambil
keputusan menggantung saya serta merta. Ini amat sedih bila kita tegur dan
terus diambil tindakan,” ujarnya.
Tambahnya, teks ucapannya pada muktamar itu turut diserahkan
kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetapi kerajaan negeri tetap
memecatnya.
Dalam Isu saman oleh LGE kepada Nasaruddin Tantawi pula. Sinar Harian 6.ogos 2014 menyiarkan kenyataan penuh
Nasaruddin Tantawi seperti berikut:
1.
MEMBACA tuduhan dan alasan ke
atas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) yang dijadikan
sebab untuk menuntut beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor,
saya merasa agak terpanggil untuk mengutarakan beberapa persoalan.
Terlebih dahulu apabila saya analisa pertuduhan berkenaan isu Kidex saya dapati
antara yang dikemukakan adalah seperti berikut:
a) Kidex yang panjangnya 14.9km bakal menjadi jalan termahal di Malaysia
dengan kos per kilometer dianggarkan pada RM161 juta.
b) Konsesi Kidex akan berkuatkuasa selama 48 tahun yang merupakan tempoh yang
agak lama berbanding konsesi lain.
c) Projek dianugerahkan kepada kroni Umno secara rundingan terus tanpa melalui
tender terbuka.
d) Kajian awal Traffic Impact Assesment (TIA) menunjukkan pengurangan kesesakan
lalulintas yang tidak ketara.
2. Saya kira ramai yang keliru atau dikelirukan dengan fakta tentang pembinaan
Kidex ini. Antaranya
a) projek ini adalah PROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN.
b) Kerajaan Negeri tiada hak untuk menentukan jumlah kos dan tempoh konses
serta kepada siapa projek ini diberikan.
c) Bagi tujuan pembinaan infrastruktur awam Kerajaan Negeri tidak boleh menolak
permohonan daripada Kerajaan Persekutuan untuk mengambilalih tanah. Malah,
menurut Kanun Tanah Negara, pengambilan tanah demi kepentingan awam dibenarkan
dan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
3. Bagi menangani keluhan rakyat yang terkesan secara langsung atau tidak
langsung melalui projek ini, Kerajaan Negeri telah mengarahkan pemaju terbabit
melakukan Public Opinion Survey atau Kajiselidik Pandangan Awam dan
membentangkan hasil kajiselidik kepada Kerajaan Negeri sebelum 15 November
2014.
Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan agar sesi dialog dan pendengaran awam
untuk memberi peluang kepada LLM dan Kidex Sdn Bhd membentangkan segala
perincian mengenai projek termasuk kos, jangkaan manfaat, risiko dan impak
negatif serta menerima pandangan sama ada bantahan atau cadangan penambahbaikan
daripada masyarakat setempat.
4. Saya pelik kenapa TSKI dibantai teruk kerana projek yang bukan dibawah
bidang kuasanya. Namun dalam masa yang sama, tidak berlaku kepada Kerajaan
Pulau Pinang dibawah pimpinan Lim Guan Eng (LGE).
a) Sedang Negeri Pulau Pinang bakal membina Penang Tunnel yang bernilai RM4.63
billion sepanjang 6.5km.
b) Lebih malang projek yang dibiayai sendiri Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini
dianugerahkan kepada Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.
c) Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak terikat dengan mana mana pihak. Namun
kenapa rundingan terus?
d) Projek ini juga menerima bantahan dari penduduk dan banyak pihak sama
seperti Kidex. Ramai yang mempersoalkan kewajaran membina terowong ini selepas
pembinaan jambatan Ke-2 yang sudah memadai untuk melancarkan trafik masuk ke
pulau.
e) Malah ada yang menegur LGE kerana pembinaan lebih banyak akses akan
menyebabkan lebih banyak kenderaan masuk ke pulau yang sudah mengalami masalah
trafik yang serius.
f) Terdapat juga cadangan agar daripada membina terowong lebih baik Kerajaan
Pulau Pinang membina sistem LRT yang efektif dan kosnya dijangka hanya menelan
RM 120 Juta per kilometer dan ianya bakal menyelesaikan masalah trafik di
pulau.
5. Namun tindakan LGE ini tidak langsung di kecam oleh pimpinan PR sepertimana
TSKI dikecam dan didesak meletakkan jawatan.
6. Saya perhati, antara Faktor tentangan paling ketara adalah cara LGE
menguruskan kewangan negeri.
a) Pada tahun 2014 adalah tahun ke enam (6) Kerajaan Pulau Pinang mencatatkan
bajet defisit dan yang terakhir bajet 2014 defisitnya adalah RM 255.44 Juta.
b) Apakah agaknya yang difikirkan LGE sehingga berani berbelanja besar dengan
kewangan yang kritikal itu pada perkara yang tidak perlu? Dimanakah suara
pimpinan PR dalam menegur sikap LGE ini?
c) Bukankah kita menentang rundingan terus satu ketika dahulu.
Nasrudin Hassan Tantawi
AJK Pas Pusat
Ahli Parlimen Termerloh
Sementara Sinar Harian 9 ogos 2014
melaporkan LGE menyaman Nasaruddin dalam isu tersebut
Dalam Isu pengantian Menteri Besar Selangor pula DAP serta
Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak 'menyerang' Datuk Seri Abdul Hadi Awang
secara terbuka berikutan pendirian tegas Presiden Pas itu yang menolak Datin
Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Malah, beberapa pemimpin DAP khususnya Tony Pua yang
diketahui cukup rapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertindak
cukup celupar apabila mempersoal sejauh mana kehebatan Abdul Hadi dengan
mengaitkan kegagalan Pas mempertahankan Terengganu dan Kedah.
Di pihak PKR, 'serangan' ke atas Presiden Pas dimulakan
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail apabila beliau menyifatkan
sokongan rakyat kepada Pas semakin merosot di bawah pimpinan Abdul Hadi.
Dakwanya, keadaan itu terbukti jika melihat kepada pengaruh
Pas di Terengganu, Kedah dan Perak yang menyaksikan Barisan Nasional (BN)
berjaya merampas kembali pucuk pimpinan negeri.
Tidak cukup dengan Saifuddin, turut sama 'menyerang' Abdul
Hadi ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad apabila
beliau yang baru dianggap setahun jagung dalam dunia politik secara lantang
mengarahkan Presiden Pas itu menarik balik kenya-taannya yang mendakwa Wan Azizah
sebagai tidak berkebolehan.
Tony Pua menerusi Facebook-nya berkata, kenyataan Abdul Hadi
yang merujuk kepada ketidakupayaan Wan Azizah itu dibuat oleh seorang lelaki
yang gagal mempertahankan Terengganu selepas hanya berupaya untuk menjadi
Menteri Besar negeri itu hanya sepenggal.
"Lelaki yang enggan menggantikan Menteri Besar Kedah
(merujuk kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak) meski pun telah
terlantar selama berbulan-bulan di hospital," katanya yang kemudian
mendapat lebih 1,000 sokongan rakan Facebooknya sebagaimana dipetik, hari ini.
Tidak cukup dengan Tony Pua, Naib Pengerusi DAP Selangor,
Teng Chang Khim juga menghangatkan suasana apabila meminta Abdul Hadi menilai
kemampuan beliau sebagai Presiden Pas terlebih dahulu sebelum bertindak
mempersoal kewibawaan Wan Azizah.
"Biar fakta yang bercakap. Abdul Hadi adalah Menteri
Besar apabila Pas kehilangan kuasa di Terengganu dan beliau merupakan Presiden
Pas ketika parti itu hilang kuasa di Kedah. Itu adalah rekod kemampuan
beliau," katanya sinis.
Jelas disini menunjukan LGE langsung tidak memperdulikan
nasib orang Melayu dam Islam yang sebelum ini mendapat jolokan” khalifah Utsman
“ oleh pemimpin PAS. PAS di perguna dan di perbodoh dengan bergaya oleh DAP
melalui LGE , yang mana kini hasil gerak kerja agen-agen Anuar Ibrahim dalam
menikahkan PAS dan DAP melahirkan suasana seperti DAP adalah Suami dan PAS
adalh Isteri yang tidak boleh bersuara hanya layak memasak melayan nafsu suami
dan jadi pak turut yang setia . sebanrang kritiksan dan teguran adalah dianggap
khianat dan tidak mempunyai semangat pakatan, apatah lagi untuk memarahi dan
menunjukan kejantanan PAS , pastinya PAS akan dianggap sebagai perempuan sundal
pula oleh DAP.
Rujukan:
No comments:
Post a Comment