:Oleh Helmi Effendy
Assalamualaikum. Saya
terjentik untuk menulis artikel mengenai rumpun melayu memandangkan salah faham
mengenai rumpun ini masih lagi berleluasa mungkin kerana kurangnya pembacaan dan
pendedahan di kalangan rakyat kita. Yang paling sedih sekali ialah ada individu
yang menyangka bahawa BUGIS, BANJAR, BAJAU, SULUK, CHAM, KERINCHI, ACHEH,
AMBON, MINANG, JAWA, BOWYEAN dan sebagainya sebagai bukan salah satu daripada
rumpun melayu.
Kelihatannya salah faham yang
wujud di sini semakin melebar. Mereka menyempitkan fahaman bangsa itu dalam
suku bangsa. Hal ini sangat-sangat menyedihkan. Sedangkan orang cina dari
pelbagai suku seperti Han, Min, Wu, Tanka dan Hui boleh bersatu di bawah rumpun
cina(Sino-Tibetian). Ya, ada sebahagian suku kaum yang berasal daripada suku
Sino-Tibetian ini seperti Viet (orang vietnam), Thai (bukan siam kerana siam
berbeza dengan Thai) yang tidak mengaku asal-usul mereka daripada Sino-Tibetian
ini kerana proses semangat KENEGARAAN seperti mana yang berlaku di Indonesia
untuk kategori RUMPUN MELAYU A.K.A AUSTRONESIAN ini.
Kalau orang India pula,
suku seperti Tamil, Telegu, Malayam ialah sebahagian daripada rumpun India . Suku
bangsa Aryan yang selalunya menduduki kasta tertinggi dalam masyarakat India terasing
daripada suku bangsa itu kerana mereka lebih kepada bangsa Indo-Eropah. Itu
sekadar pengenalan kepada BANGSA dan SUKU BANGSA agar kita tidak salah faham.
Namun, yang ingin disentuh di
sini ialah salah faham yang melibatkan MELAYU itu. Salah faham ini timbul
apabila di KEPULAUAN MELAYU ini, bangsa ini terpecah kepada tiga buah negara
iaitu MALAYSIA ,
INDONESIA
dan FILIPINA. Ada
juga sebahagian daripada orang melayu yang terdiri daripada suku Siam
terperangkap di selatan Thai.
Orang melayu siam
ini ialah pembina kerajaan melayu di Thailand seperti Sri Dharmaraja.
Berbeza dengan orang Thai yang merupakan pendatang dari China yang lari
daripada peperangan di sana
lalu menubuhkan Kerajaan Ayutthayya di Indochina.
Asal Usul Melayu
Fantasi Yunnan masih menjadi pegangan mereka yang
bertuankan teori bahawa melayu itu asalnya daripada Yunnan . Mengikut perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu , Melayu ditakrifkan sebagai orang di Tanah Melayu yang
mengamalkan kebudayaan Melayu dan beragama Islam. Takrif ini bukan sahaja
kabur, tetapi juga menyempitkan makna Melayu yang asalnya bukan sahaja merujuk
kepada orang Melayu di Tanah Melayu,tetapi juga orang Melayu serumpun di luar
Tanah Melayu.
Orang yang serumpun dengan orang
Melayu di tanah melayu dan berada di tanah, tetapi bukan Islam dengan
serta-mertamenjadi orang bukan Melayu sehingga istilah Bumiputera diperkenalkan
bagi merangkumi Melayu yang tidak Islam, seperti orang asli. Perlembagaan ini
diperluaskan kepada Perlembagaan Malaysia apabila Sabah ,
Sarawak dan Singapura bercantum dengan tanah
melayu menjadi Malaysia
pada 1963, dengan mengusutkan lagi makna Melayu. Mungkin ini yang menjadi punca
kenapa suku kaum pribumi Sabah dan Sarawak hilang asal-usulnya.
Apa yang ingin ditekankan di sini
ialah benarkah Melayu itu asalnya daripada Yunnan ? Pendapat ini sesuai dengan pandangan
evolusi kononnya orang tertua ialah ‘Orang Peking’. Pandangan ini tersangkal
apabila diketahui fosil ‘Orang Peking’ itu adalah palsu. Dari segi bahasa juga
terdapat perbezaan ketara antara bahasa Melayu Purba dengan bahasa Yunan
sehingga teori ini tidak dapat dipertahankan lagi. Bahasa Melayu tidak ada
kesamaan langsung dengan bahasa Yunan tetapi lebih dekat dengan bahasa penduduk
kepulauan Pasifik dan Pribumi Sabah dan Sarawak .
Malah ada yang mendakwa bahawa Bahasa Melayu dekat dengan Bahasa Sanskrit,
bahasa penduduk Aryan yang datang daripada Iran ke utara India untuk
menyebarkan agama Hindu.
Kalau ditelusuri dengan lebih
dalam, Ibnu Khaldun dengan beraninya mengangkat Melayu ini datangnya daripada
keturunan Nabi Ibrahim, daripada isterinya Keturah. Daripada keturunan Keturah
ini juga diketahui bahawa lahirnya bangsa pembina tamadun hebat seperti bangsa
Median. Jika mahu mengupas topik ini, ia pastinya mengambil sebuah lagi artikel
kerana sejarah yang melibatkan orang melayu dan Nabi Ibrahim sangat
panjang.
Melayu dan Austronesia
Berdasarkan buku kajian Walace,
seorang pakar Antropologi dan Sejarah dunia daripada Universiti Oxford (1863),
bukunya yang bertajuk The Malay Archipelago, beliau menakrifkan penduduk
gugusan Kepulauan Melayu sebagai rantau Asia Tenggara yang hampir-hampir
berbentuk segi tiga, bermula di Pulau Nikobar di Timur Laut ke Pulau Solomon di
Tenggara, dan dari Luzon di Utara ke Rotti dekat pulau Timor di Selatan.
Kawasan yang luas itu dibahaginya kepada lima
kumpulan: Kepulauan Indo-Malaya, Kepulauan Timor, Kepulauan Maluku dan
Kepulauan Papua.
Peta Benua Melayu yang
dicadangkan
|
Sembilan tahun kemudian,
(1898) Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya”
dengan gagasan yang sama. Pada waktu itu juga munculnya Jose Rizal, yang
diberi jolokan oleh orang filipina sebagai "The Pride of the Malay Race”
atau “The Great Malayan”. Dalam bukunyam Jose Rizal menulis bahawa seharusnya
filipina dimasukkan dalam rancangan menggabungkan Tanah Melayu dan Indonesia
memandangkan mereka juga di bawah rumpun yang sama.
Wancelao Vinzons , pengikut Jose
Rizal pernah menyampaikan pidato bersejarah “Malaysia Irredenta” yang
memaparkan mimpi penyatuan seluruh bangsa Melayu - Polinesia. Waktu itu beliau
berusia 22 tahun dan seorang pemuja Rizal. Beliau selanjutnya mengarang buku
mengenai “History and civilization of Southeast Asian countries belonging to
the Malay race”
Pada asalnya, nama untuk rumpun
melayu ini dalam bahasa saintfiknya ialah Polynesian, tetapi penemuan terbaru
yang menemui bahawa penduduk asli di Taiwan itu juga termasuk dalam rumpun
melayu, (suku Farmosa) termasuk dalam rumpun melayu, maka nama Polynesian itu
terpaksa ditukar kepada Autronesian.
Kerajaan-Kerajaan Melayu
Melayu sememangnya terkenal
dengan pembinaan kerajan-kerajaan agung mereka. Sriwijaya misalnya telah
berjaya menyatukan seluruh alam melayu ini daripada Madagascar hingga ke selatan Taiwan
berdasarkan catatan Nehru (1963) yang merupakan seorang sejarahwan India .
Hanya Majapahit yang diperintah
oleh suku Jawa sahaja merupakan kerajaan melayu yang terasing daripada empayar
Sriwijaya. Namun, jatuh sahaja empayar Sriwijaya, Majaphit menuntut hampir 1/3
empayar Sriwijaya yang pernah terbentang luas.
Champa dan Funan di Indochina
misalnya merupakan kerajaan Melayu yang pernah menguasai wilayah itu sebelum
orang Viet, Khmer dan Thai yang merupakan pelarian daripada selatan China
datang dan menghambat mereka ini hingga ke tanah melayu. Oleh sebab itu,
lahirlah teori bahawa orang Kelantan dan Jawa itu asalnya merupakan pendiri
Kerajaan Champa. Oleh sebab itu juga, orang Kelantan dan Jawa berkongsi budaya
melayu yang sama seperti BATIK dan WAYANG KULIT.
Terdapat juga kerajaan melayu
Purba lain yang tercatat dalam buku Cina, seperti Lang Ya Xiu (Fatani/Patani
sekarang)pada abad ke-2 Masehi, Pan Pan (utara Segenting Kera) pada abad ke-5
Masehi,Senggora (Tanah Merah, sekarang di Thailand Selatan) dan Zhu Bo (Pulau
Jawasekarang). Semuanya telah wujud sekurang-kurangnya pada abad ke-5 Masehi,
manakala Dan Dan atau Tan Tan (Kelantan sekarang, yang juga disebut Ki-lantan
oleh penulis Cina yang terkemudian) telah wujud sebelum abad ke-6 Masehi.
Mengikut buku INTAN (1991),
sumber Cina yang lain yang juga mencatat kebesaran kerajaan Ho-Lo-Tan atau
Kuo-Lo-Tan di Semenanjung Malaysia
pada kurun ke-5 Masehi itu juga ditafsirkan sebagai Kelantan sekarang. Kerajaan
ini dikatakan pernah mengirim utusan dan ufti ke negeri China pada
tahun 430, 433,436, 437 dan 452 Masehi. Mengikut catatan Dinasti Syui pada abad
ke-6 Masehi, seperti yang diterjemahkan Liang Liji (1996), kerajaan Kelantan
pada abad sebelumnya lagi, adalah seperti yang berikut:
"Negeri Dan Dan sudah
terkenal pada zaman Dinasti Syui lagi. Keluarga rajanya bernama Ksyatriya,
namanya Raja Sri Linga, memerintah lebih daripada dua puluh ribu keluarga.
Menterinya ada lapan orang, disebut Lapan Teras, dan Menteri Besarnya dipegang
oleh seorang Brahmin. Tubuh raja dipupuri dengan bedak harum, bermahkota
menjulang tinggi, berkalungkan ratna mutu maknikam, berpakaian warna-warni,
berkasut kulit. Kalau berpergian; dekat naik kenderaan, jauh naik gajah. Ketika
berperang orang meniup serunaidan memalu genderang. Hukumannya keras: pencuri
tak pandang dosanya; besar kecil semuanya dibunuh."
Tulisan Orang Melayu
Pada hari ini, kita hanya
mengetahui kewujudan tulisan orang melayu hanya jawi sahaja. Tetapi, tahukah
jawi bukanlah satu-satunya tulisan yang pernah digunakan oleh orang kita.
Rencong misalnya (lihat gambar).
Tulisan Rencong |
Tulisan Palavi juga merupakan
tulisan yang digunakan oleh orang melayu. Berbeza dengan tulisan rencong yang
dicipta sendiri oleh orang melayu, tulisan Palavi ini diadaptasikan daripada
tulisan yang berasal dari selatan India , Kerajaan Palava. Di bawah
ialah rentetan perkembangan tulisan Palavi oleh orang melayu.
1. Zaman aksara Palavi Awal, dari
abad ke-4 hingga ke-7 Masihi, seperti yang tertulis pada prasasti di Kalimantan
Timur, Jawa Barat, Kedah-P. Pinang (Bukit
Meriam di Kuala Sg. Merbuk, Ceruk Tokun, Provins Wellesley dan Sungai Bujang
yang tersebut tadi
2. Zaman aksara Palavi Kemudian,
dari abad ke-7 hingga pertengahan abadke-8 Masehi, seperti yang dijumpai pada
prasasti di Sumatera, Jawa Tengah,dan Semenanjung Malaysia
3. Aksara Kawi Awal atau Jawa
Kuno, daripada pertengahan abad ke-8 Masehihingga awal abad ke-10 Masehi,
dijumpai pada prasasti di Thai Selatan,Jawa Tengah, Jawa Timur, dan Semenanjung
Malaysia
4. Aksara Kawi Kemudian, daripada
awal abad ke-10 Masehi hinggapertengahan abad ke-13 Masehi, dijumpai pada
prasasti di Jawa Timur,Airlangga, Kediri ,
Bali , Sunda, dan Sumatera Selatan)
5. Aksara Kawi zaman Majapahit,
yang dijumpai pada prasasti di seluruh Alam Melayu ini sehingga kemasukan
aksara Arab menerusi Islam.
Ini tidak bermakna bahawa orang
melayu tidak tahu menulis sebelum abad ketujuh apabila mengadaptasikan tulisan
kawi atau mencipta tulisan rencong yang kemudiannya digunakan oleh Kerajaan
Majapahit pada abad ke-14 walaupun usia tulisan Rencong sebenarnya jauh lebih
awal daripada kewujudan tulisan Palavi.
Tamadun Melayu Campa sudah
meninggalkan 206 buah prasasti, yang terdiri daripada 98 buah prasast idalam
bahasa Melayu Purba-Campa, 43 bahasa Sanskrit, 29 dwi-bahasa itu dan 36 lagi
tidak diketahui bahasa atau aksaranya, kerana belum dikaji pakar.
Pribumi Sabah dan Sarawak
Suku kaum di Sabah
dan Sarawak ini masih samar-samar kewujudan
mereka. Dalam hukum antropologi, pribumi sabah dan sarawak yang juga dilabelkan
sebagai Bumiputra Malaysia
ini termasuk dalam rumpun melayu berdasarkan pandangan Walaces dalam bukunya
menempatkan bahawa mereka dalam rumpun melayu dan menyamakan mereka dengan
Deuro Malay . Mereka dipercayai berasal daripada suku Proto-Malay yang merupakan
ras kepada ORANG ASLI di MALAYSIA .
Manakala Owen Rutler dalam
bukunya The Pagans Of North Borneo mengatakan bahawa suku kaum di Sabah dan Sarawak masih
lagi samar asal-usulnya. Dari segi linguistik, bahasa yang dituturkan oleh
penduduk asli di Sabah dan Sarawak
masih lagi dalam kategori Keluarga Bahasa Melayu atau Austronesian
Language.
Sehingga hari ini, perkara ini
masih didebatkan oleh para sejarahwan, antropologi dan lingusitik mengenai
pribumi di Sabah dan Sarawak .
Bukti-bukti yang ada pada hari ini menjuruskan mereka termasuk dalam rumpun
Melayu (Austronesian).
No comments:
Post a Comment