Namun tindakan ini menunjukan PKR dan tidak mengira akan kebaikan yang diperolehi oleh golongan Warga Emas dalam Skim itu. mereka lebih mementingkan keangkuhan dan ego politik mereka.
akibatnya Warga Emas di Pelabuhan kelang dan Bandar Tun Razak yang telah merasa sedikit kenikmatan kemajuan Negara dan Negeri Selangor telah kehilangan sumber pendapatan dan penghargaan mereka. jelas menunjukan politik dendan PKR bukan sahaja hendak menghukum Khalid Ibrahim tetapi seperti lambang nya yang berunsurkan mata dajjal. sesiapa yang tidak mengikuti kehendak Anuar Ibrahim akan dihukum sebagaimana dajjal akan menghukum umat islam yang setia ke neraka dunia ciptaan mereka.
sumber asal Mykmu.Net : http://www.mykmu.net/2014/10/02/azmin-arah-beku-akaun-bantuan-khalid/
KENYATAAN MEDIA
RABU, 1 OKT 2014
ARAH BEKU AKAUN SMUE BTR DAN P. KLANG: AZMIN MULAKAN KARIER DENGAN LANGKAH SUMBANG
Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar baharu telah mengeluarkan arahan kepada pihak bank supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Parlimen Bandar Tun Razak dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang disandang mantan Menteri Besar, YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim.
Arahan yang dikeluarkan atas nama Bendahari Negeri Selangor itu dikeluarkan pada 25 September 2014 dan saya percaya ia dibuat atas arahan Menteri Besar, YAB Mohamed Azmin Ali.
Tindakan pantas Menteri Besar baharu ini seolah-oalah jawapan atau reaksi kepada titah DYMM Sultan Selangor yang menasihatkan agar kepimpinan negeri Selangor mengenepikan sengketa dan membuka lembaran baharu demi rakyat.
Nampaknya Menteri Besar baharu mahu menghukum bukan sahaja YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.
Tindakan keras sebegini tidak pula dilakukan kepada UMNO tetapi kepada rakan sekutu yang telah sama-sama berjuang untuk rakyat dan amat menyedihkan tindakan ini dilakukan terhadap bekas Menteri Besar yang selama ini bertungkus lumus memperkasa program-program kebajikan rakyat di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Ternyata segala jasa-jasa YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim selama lebih enam tahun menerajui Negeri Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai oleh Menteri besar baharu.
YAB Mohamed Azmin Ali memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri. Budaya ini amat berbeza di bawah pentadbiran YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menyemai budaya bekerja secara profesional tanpa dipengaruhi agenda politik dan peribadi.
Saya mendesak Menteri Besar memberi penjelasan munasabah bahawa arahan ini bukan kerana politik balas dendam atau mahu menghukum YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim.
Saya percaya barisan pimpinan negeri yang lain tidak bersetuju dengan tindakan ini kerana ia boleh membangkitkan kebencian yang berterusan terhadap Pakatan Rakyat yang telah pun lama berputik dan semakin merebak semenjak bermulanya ‘Langkah Kajang’.
FAEKAH BT HUSIN
PEGAWAI KHAS KEPADA
ADUN PELABUHAN KLANG
PEGAWAI KHAS KEPADA
ADUN PELABUHAN KLANG
No comments:
Post a Comment