Ads

Saturday, October 4, 2014

Ibadah Qurban

Fadhilat dan Hikmah Korban

Di Malaysia Ibadah Qurban adalah satu sambutan keagamaan yang disambut oleh umat Islam  secara besar-besaran dengan penuh meriah, ia bukan sahaja satu ritual keagamaan tetapi juga adalah satu ritual sosial yang menyatukan kekeluargaan dan masyarakat , di mana pada Hari Raya Aidil Adha . menjadi kebiasaan Malaysia meletakan hari tersebut sebagai hari cuti umum. dan setiap bangsa dan agama di malaysia akan menikmati cuti tersebut dengan pelbagai aktiviti masing-masing termasuk mengunjungi masyarakat Melayu yang beragama Islam merayakan aktiviti aidil Adha, di pantai barat semenanjung Malaysia , aktiviti Qurban di gelar membantai sementara sambutan lebih meriah di pantai timur, berikut adalah rujukan maklumat Qurban dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Hadith: 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu
Huraian Hadith: 
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
ii) Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Rujukan: http://www.islam.gov.my/e-hadith/fadhilat-dan-hikmah-korban

Majlis Perbandaran Klang di dakwa Double Standard



Majlis Perbandaran Klang, melakukan operasi meroboh dan merampas gerai milik peniaga Melayu di kawasan perbandaran klang atas kesalahan tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah. namun tinjauan yang dibuat dari post facebook Saluran Komunikasi Mpkalng memperlihatkan kemarahan para pembaca dengan sikap "Double Standard MPK yang didakwa tidak melakuakn tindakan yang sama keatas peniaga bangsa lain. berikut adalah link kepada Facebook Saluran Komunikasi Mpklang yang memaparkan komen-komen ketidak puasan hati terhadap tindak taduk MPK yang berat sebelah dalam menjalankan
tugas,

Link Facebook Saluran Komunikasi Mpklang 


antara komen -komen yang dapat dilihat adalha sepeti gambar dibawah:


kelihatan beberapa komen dari individu berbangsa cina yang memuji tindakan MPK.



Harap MPK lebih bertimbang rasa kepada peniaga kecil dan tidak mengamalkan sikap berpilih dalam melaksanakan tindakan

Provokasi terhadap Ibadah Qurban di Klang


Tindakan provokasi oleh dua individu yang di kenal pasti berbangsa India di terima oleh sdr Mazlan bin Nasir Kariah Surau Attaqwa , jalan utama 50 , Taman Jaya Utama . Telok Panglima Garang . Klang .

Mereka memberi tahu kariah surau tidak dibenarkan membuat ibadah kurban di dalam kawasan surau dengan alasan ia akan di lihat oleh kanak-kanak. tindakan provokasi seperti ini adalah jelas bertentangan dengan prinsip hormat menghormati dikalangan masyarakat Malaysia.

Ibadah Kurban yang di buat setiap tahun menjelang Hari raya Aildil Adha adalah satu ibadat didalam Agama Islam. sesuai dengan perlembagaan Negara yang menjadikan Islam Agama Rasmi Negara , para penganut lain sewajibnya menghormati setiap ibadat penganut Agama Islam sebagaimana umat islam menghormati ibadat agama lain. 

kita tidak pernah mendengar umat islam memarahi penganut lain ketika berarak di tengah jalan raya melakukan rutin ibadat mengarak berhala mereka yang menyebabkan kesesakan lalu lintas atau membuat bising dengan bunyi-bunyian dan letupan mercun dimana ia adalah ritual ibadat bagi agama tertentu.

sikap kurang ajar seperti mengahalang ibadat agama islam di lakukan ini bakal mengundang suasana ketegangan kaum dan agama . ia bakal mencetuskan kemarahan dan ketidak puasan hati dikalangan masyarakat pelbagai bangsa.

laporan polis telah dibuat , MJ harap pihak polis dapat bertindak dengan pantas dan sewajarnya bagi mengawal pekara yang tidak diingini berlaku. 

Lim Guan Eng Diktaktor dalam Pakatan Haram

Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausah Agung DAP. Namanya cukup buat semua orang Melayu menyampah dan benci akan anak kepada Lim Kit Siang yang antara penyebab 13 Mei, peristiwa berdarah rusuhan kaum di antar kaum Cina dan Melayu pada tahun 1969.

Dasar-dasar kuku besi Lim Guan Eng setelah menjadi Setiausaha Agung juga amat di benci dikalangan Ahli-ahli DAP sendiri. LGE memandu DAP seperti milik mutlak beliau, dalam beberapa kes. LGE telah membuat pecaturan paksa kepada beberapa jawatan penting dalam DAP,

Sinar Harian 24 september 2013 melaporkan dengan tajuk besar “Ahli, perwakilan DAP tolak Guan Eng”


Dalam rencana tersebut yang di petik :

Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor mendakwa, dalam kempen yang dijalankan baru-baru ini, beberapa perkara dibangkitkan ahli dan perwakilan termasuk menolak Setiausaha Agung DAP.


“Mereka yang sudah lama menjadi ahli dan veteran yang berbilang kaum tidak diberi perhatian dan pengiktirafan yang sewajarnya.

“…malahan mendapat penindasan walhal mereka inilah yang mempertahankan DAP waktu ianya hampir tenggelam dahulu dan sekarang mereka katakan bahawa DAP seperti kacang lupakan kulit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mereka yang pernah menjadi pengkhianat kepada parti masing-masing diberi tempat dalam parti mahupun kerajaan negeri.

“Mereka-mereka yang satu ketika dahulu menjadi pengkhianat kepada parti masing-masing dan kemudian menjadi penyusup dalam DAP.

“Kini, sudah diberi tempat dan kuasa dalam parti mahupun kerajaan. Perkara berkenaan terjadi adalah disebabkan oleh kelemahan Setiausaha Agung,” katanya.

Menyentuh soal pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), beliau yang juga Ahli Jawatan Kuasa DAP Pulau Pinang ini memberitahu bahawa ahli dan perwakilan tidak mahu apa yang dipraktikkan dalam pemerintahan negeri dipraktikkan untuk mencengkam parti.

“Mereka mahu melihat pemilihan CEC kali ini lebih telus dan terbuka.

“Mereka tidak mahu melihat ‘remote control’ digunakan seperti dalam ‘tender terbuka’ yang kononnya dilaungkan sebagai telus tetapi sebenarnya penuh dengan penipuan,” katanya.

Sementara dalam Blog Helen Ang pula mengulas lebih lanjut tentang pergolakan dalam DAP yang mana menjelaskan bagaimana LGE mengunakan salah kuasanya dalam mengatur jawatan-jawatan penting dalam DAP dan menyingkir ahli-ahli DAP yang dipilih secar demokrasi oleh akar umbi.

Rencana di Blog Helen Ang berbunyi:

Wee Choo Keong dan Kua Kia Soong pernah menjadi Ahli Parlimen mewakili DAP.
Kua yang keluar parti pada tahun 1995 menulis dalam bukunya ‘Inside the DAP’ bahawa Lim Kit Siang “has become synonymous with the DAP through concentration of power and authority in his position”. 

Dalam pendedahan di bukunya, Kua berkata Kit Siang sebenarnya tidak terdaya menangkis kewujudan sindrom pemerintahan anak-beranak Lim. Sementara itu, tambah Kua lagi, orang dalaman yang taat kepada ketua mutlak parti tersebut hanya bersikap ampu bodek (“sycophants”) serta sedia untuk mencipta alasan-alasan mempertahankan tindak-tanduk ‘si maharaja’ (“tiresome emperor’s apologists”).

Pada 1990-1995, Wee Choo Keong mengambil alih kerusi Ahli Parlimen Lee Lam Thye di Bukit Bintang, kubu kuat DAP. Wee disingkir parti pada tahun 1998 manakala Lee lebih awal keluar parti pada 1990.

Mengulas pertelingkahan Godfather lwn Warlord yang tercetus baru-baru ini, Wee memberitahu wartawan FMT bahawa tindakan menentang tidak dibenarkan dalam DAP — gegala yang berpunca daripada kuasa dipusatkan di tangan Kit Siang selaku setiausaha agung.

Wee juga pernah berkata dalam blognya:

“This innate behavior of DAP leaders playing ‘Politics of Tagging‘ whenever their higher-ups are faced with problems and then resorting to a smear campaign to accuse others of being “BN agents, disgruntled politicians, wanting to jump ship and what-have-you” is all too familiar. What should have been the right thing for them to do is address the real problems that had been highlighted instead of stooping so low. This desperate act is similar to the McCarthyism practised in America during the 1950’s when most political problems faced by the power-that-be were somehow because of acts of sabotage by communists. This style of low class politics can continue to carry on in DAP but it must be stopped within the PR if we are serious about wanting to see a change of government in the 13th General Elections.”

Wee membuat catatan di atas pada 5 Feb 2010 serentak dengan ‘witch hunt’ yang dilancarkan oleh konco-konco Guan Eng terhadap Tan Tee Beng dan Zahrain Mohd Hashim — Yang Berhormat-Yang Berhormat di Pulau Pinang yang sekarang merupakan Ahli Parlimen bebas setelah keluar Pakatan.

“This style of low class politics” yang disebut Wee merujuk kepada cara orang kanan Guan Eng menyerang peribadi lawan melalui “smear campaign” (kempen fitnah). Sesiapa yang kritis terhadap setiausaha agung pasti akan dituduh sebagai “ejen BN”, jelas Wee.

Koh dipetik Malaysiakini sebagai berkata memanglah Guan Eng petah bercakap namun dia bukan seorang pemimpin yang berupaya mencari jalan penyelesaian:

“Of course he can give speeches like Sukarno and Hitler, he is clever to talk. But what is the solution?”

Politik bercorak McCarthyism (amalan witch hunt) yang dipraktikkan DAP dibawa mereka ke Pakatan.

Mangsa terbaru ialah kaunsilor MPPP Lim Boo Chang yang meletak jawatan bulan ini.
Boo Chang telah membantah perjanjian berat sebelah sPICE diluluskan belanjawan MPPP tanpa ahli-ahli majlis diberikan salinan kontrak untuk diperiksa.

Seperti yang disebut Wee Choo Keong (atas), “What should have been the right thing for [DAP] to do is address the real problems that had been highlighted instead of stooping so low”.

Boo Chang berkata beliau tidak diberikan salinan kontrak. Adakah dakwaannya benar atau palsu?

Takkan kenyataan mengenai penyelewengan proses pun tidak mampu disangkal pejabat ketua menteri Pulau Pinang yang dikatakannya telah menekan MPPP untuk memanfaatkan pemaju sPICE?


Lim Mah Hui di Penang Forum pada 18 Disember:

Saya ingin bertanya kepada kaunsilor Lim Mah Hui, iaitu wakil NGO dalam MPPP: Adakah betul tuan pernah menerima salinan kontrak itu? Soalan senang, kan?

Bersuara demi menegakkan kebenaran suatu perkara yang mungkin diambil mudah dalam sebuah demokrasi tetapi akan dibendung oleh rejim autokratik yang sering mengeluarkan perintah tutup mulut.

Ng Wei Aik (setiausaha politik Guan Eng) telah mencemuh Boo Chang melalui Twitter serta disusuli para penyokong Pakatan yang – meminjam frasa dari petikan Wee Choo Keong – giat bermain “politics of tagging”. Pelbagai panggilan menghina dilontarkan mereka ke atas bekas kaunsillor MPPP itu di alam siber.

Jika rakan seperjuangannya Lim Mah Hui masih mendiam seribu bahasa, maka kita harus membuat kesimpulan bahawa CAT (Competency, Accountability, Transparency)yang digembar-gemburkan pentadbiran DAP sekadar kucing bertanduk.

Maklumlah badan-badan NGO di Pulau Pinang pun sudah berjaya dijinakkan oleh DAP. Baca ‘Suddenly, it’s disconcertingly quiet on the NGO front‘ (NST, 10 Okt 2011)
Cabaran Boo Chang setakat ini masih belum disahut:

“Pakatan have to answer to my charges on sPICE and other issues concerning the people, if they are gentleman enough, but not to resort to character assasination and underhand tactics.”

Cara DAP beoperasi tampak benar ala diktator. Enggan menangani isu tetapi lebih cenderong mengacah (harass) sesiapa yang berani mengkritik.

Perangai apparatchik DAP yang terikut-ikut sifu mereka nyata selaras dengan gaya kerajaan diktator di Korea Utara.

Dalam kes menundukan rakan pakatan pula DAP melalui LGE nampaknya melihat PAS hanya sebagai budak suruhan yang tiada kuasa dan upaya untuk bersuara dan menegur DAP. Tambahan pula kelihata beberapa pemimpin PAS kanan menunjukan sokongan secara tak rasmi kepada setiap arahan LGE. Inin menjadikan LGE terus memperlekehkan PAS sebagai Parti Melayu Islam yang menjadi rakan Pakatan .  hal ini dapat di lihat dalam tiga situasi terbaru iaitu , isu pemecatan Bendahari PAS Pulau Pinang dalam Exco pentadbiran kerajaan Pulau Pinang , Isu saman LGE terhadap MP Temerloh PAS Nasaruddin Tantawi  dan isu serangan ahli-ahli DAP yang pro LGE mencela PAS agar keluar pakatan dan mereka mengatakan PAS tiada kekuatan dan hanya lah mengharap ehsan DAP.

Dalam Isu pemecatan Exco Pulau Pinang yang juga  Bendahari PAS Pulau Pinang, FMT melaporkan:


 PETALING JAYA : Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PAS, Iszuree Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan negeri menggantung tugas dan membekukan peruntukan untuknya merupakan tindakan tidak demokratik dan menunjukkan kesombongan kerajaan negeri serta pemimpinnya yang memperjuangkan kebebasan bersuara.

Memetik laporan Bernama, Iszuree berkata, hala tuju kerajaan negeri yang dipimpin oleh DAP hanya gimik sahaja dan ‘cakap tidak serupa bikin’.

“Saya serahkan perkara ini pada parti untuk menentukannya kerana saya merupakan ahli majlis yang dilantik oleh parti dan juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri. “Saya juga akan merujuk kepada peguam saya bagi melihat mempunyai kes atau tidak. Jika ada kes, saya akan membuat saman malu,” katanya.

Iszuree digantung tugas berikutan ucapan teguran membina dan pandangannya untuk menambah baik polisi pembangunan rakyat Pulau Pinang sebagai pembahas yang dilantik mewakili PAS Pulau Pinang semasa Muktamar PAS yang berlangsung di Johor baru-baru ini.

“MalaysiaKini telah ‘misquoted’ kata-kata saya yang mempertikai dasar perumahan kerajaan negeri. Hasil daripada laporan itu, beberapa ahli majlis daripada DAP dan PKR mengeluarkan kenyataan balas mempertikai apa yang saya ucapkan.

“Kerajaan negeri tidak mendapat penjelasan daripada saya dan berpandukan daripada laporan MalaysiaKini, kerajaan negeri telah mengambil keputusan menggantung saya serta merta. Ini amat sedih bila kita tegur dan terus diambil tindakan,” ujarnya.

Tambahnya, teks ucapannya pada muktamar itu turut diserahkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetapi kerajaan negeri tetap memecatnya.

Dalam Isu saman oleh LGE kepada Nasaruddin Tantawi pula. Sinar Harian 6.ogos 2014 menyiarkan kenyataan penuh Nasaruddin Tantawi seperti berikut:


1.       MEMBACA tuduhan dan alasan ke atas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) yang dijadikan sebab untuk menuntut beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, saya merasa agak terpanggil untuk mengutarakan beberapa persoalan.


Terlebih dahulu apabila saya analisa pertuduhan berkenaan isu Kidex saya dapati antara yang dikemukakan adalah seperti berikut:

a)  Kidex yang panjangnya 14.9km bakal menjadi jalan termahal di Malaysia dengan kos per kilometer dianggarkan pada RM161 juta.

b) Konsesi Kidex akan berkuatkuasa selama 48 tahun yang merupakan tempoh yang agak lama berbanding konsesi lain.

c) Projek dianugerahkan kepada kroni Umno secara rundingan terus tanpa melalui tender terbuka.

d) Kajian awal Traffic Impact Assesment (TIA) menunjukkan pengurangan kesesakan lalulintas yang tidak ketara.

2. Saya kira ramai yang keliru atau dikelirukan dengan fakta tentang pembinaan Kidex ini. Antaranya

a) projek ini adalah PROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN.

b) Kerajaan Negeri tiada hak untuk menentukan jumlah kos dan tempoh konses serta kepada siapa projek ini diberikan.

c) Bagi tujuan pembinaan infrastruktur awam Kerajaan Negeri tidak boleh menolak permohonan daripada Kerajaan Persekutuan untuk mengambilalih tanah. Malah, menurut Kanun Tanah Negara, pengambilan tanah demi kepentingan awam dibenarkan dan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

3. Bagi menangani keluhan rakyat yang terkesan secara langsung atau tidak langsung melalui projek ini, Kerajaan Negeri telah mengarahkan pemaju terbabit melakukan Public Opinion Survey atau Kajiselidik Pandangan Awam dan membentangkan hasil kajiselidik kepada Kerajaan Negeri sebelum 15 November 2014.

Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan agar sesi dialog dan pendengaran awam untuk memberi peluang kepada LLM dan Kidex Sdn Bhd membentangkan segala perincian mengenai projek termasuk kos, jangkaan manfaat, risiko dan impak negatif serta menerima pandangan sama ada bantahan atau cadangan penambahbaikan daripada masyarakat setempat.

4. Saya pelik kenapa TSKI dibantai teruk kerana projek yang bukan dibawah bidang kuasanya. Namun dalam masa yang sama, tidak berlaku kepada Kerajaan Pulau Pinang dibawah pimpinan Lim Guan Eng (LGE).

a) Sedang Negeri Pulau Pinang bakal membina Penang Tunnel yang bernilai RM4.63 billion sepanjang 6.5km.

b) Lebih malang projek yang dibiayai sendiri Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini dianugerahkan kepada Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.

c) Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak terikat dengan mana mana pihak. Namun kenapa rundingan terus?

d) Projek ini juga menerima bantahan dari penduduk dan banyak pihak sama seperti Kidex. Ramai yang mempersoalkan kewajaran membina terowong ini selepas pembinaan jambatan Ke-2 yang sudah memadai untuk melancarkan trafik masuk ke pulau.

e) Malah ada yang menegur LGE kerana pembinaan lebih banyak akses akan menyebabkan lebih banyak kenderaan masuk ke pulau yang sudah mengalami masalah trafik yang serius.

f) Terdapat juga cadangan agar daripada membina terowong lebih baik Kerajaan Pulau Pinang membina sistem LRT yang efektif dan kosnya dijangka hanya menelan RM 120 Juta per kilometer dan ianya bakal menyelesaikan masalah trafik di pulau.

5. Namun tindakan LGE ini tidak langsung di kecam oleh pimpinan PR sepertimana TSKI dikecam dan didesak meletakkan jawatan.

6. Saya perhati, antara Faktor tentangan paling ketara adalah cara LGE menguruskan kewangan negeri.

a) Pada tahun 2014 adalah tahun ke enam (6) Kerajaan Pulau Pinang mencatatkan bajet defisit dan yang terakhir bajet 2014 defisitnya adalah RM 255.44 Juta.

b) Apakah agaknya yang difikirkan LGE sehingga berani berbelanja besar dengan kewangan yang kritikal itu pada perkara yang tidak perlu? Dimanakah suara pimpinan PR dalam menegur sikap LGE ini?

c) Bukankah kita menentang rundingan terus satu ketika dahulu.


Nasrudin Hassan Tantawi
AJK Pas Pusat
Ahli Parlimen Termerloh

Sementara Sinar Harian 9 ogos 2014 melaporkan LGE menyaman Nasaruddin dalam isu tersebut


Dalam Isu pengantian Menteri Besar Selangor pula DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak 'menyerang' Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka berikutan pendirian tegas Presiden Pas itu yang menolak Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.


Malah, beberapa pemimpin DAP khususnya Tony Pua yang diketahui cukup rapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertindak cukup celupar apabila mempersoal sejauh mana kehebatan Abdul Hadi dengan mengaitkan kegagalan Pas mempertahankan Terengganu dan Kedah.

Di pihak PKR, 'serangan' ke atas Presiden Pas dimulakan Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail apabila beliau menyifatkan sokongan rakyat kepada Pas semakin merosot di bawah pimpinan Abdul Hadi.

Dakwanya, keadaan itu terbukti jika melihat kepada pengaruh Pas di Terengganu, Kedah dan Perak yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali pucuk pimpinan negeri.

Tidak cukup dengan Saifuddin, turut sama 'menyerang' Abdul Hadi ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad apabila beliau yang baru dianggap setahun jagung dalam dunia politik secara lantang mengarahkan Presiden Pas itu menarik balik kenya-taannya yang mendakwa Wan Azizah sebagai tidak berkebolehan.


Tony Pua menerusi Facebook-nya berkata, kenyataan Abdul Hadi yang merujuk kepada ketidakupayaan Wan Azizah itu dibuat oleh seorang lelaki yang gagal mempertahankan Terengganu selepas hanya berupaya untuk menjadi Menteri Besar negeri itu hanya sepenggal.

"Lelaki yang enggan menggantikan Menteri Besar Kedah (merujuk kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak) meski pun telah terlantar selama berbulan-bulan di hospital," katanya yang kemudian mendapat lebih 1,000 sokongan rakan Facebooknya sebagaimana dipetik, hari ini.

Tidak cukup dengan Tony Pua, Naib Pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Khim juga menghangatkan suasana apabila meminta Abdul Hadi menilai kemampuan beliau sebagai Presiden Pas terlebih dahulu sebelum bertindak mempersoal kewibawaan Wan Azizah.
"Biar fakta yang bercakap. Abdul Hadi adalah Menteri Besar apabila Pas kehilangan kuasa di Terengganu dan beliau merupakan Presiden Pas ketika parti itu hilang kuasa di Kedah. Itu adalah rekod kemampuan beliau," katanya sinis.

Jelas disini menunjukan LGE langsung tidak memperdulikan nasib orang Melayu dam Islam yang sebelum ini mendapat jolokan” khalifah Utsman “ oleh pemimpin PAS. PAS di perguna dan di perbodoh dengan bergaya oleh DAP melalui LGE , yang mana kini hasil gerak kerja agen-agen Anuar Ibrahim dalam menikahkan PAS dan DAP melahirkan suasana seperti DAP adalah Suami dan PAS adalh Isteri yang tidak boleh bersuara hanya layak memasak melayan nafsu suami dan jadi pak turut yang setia . sebanrang kritiksan dan teguran adalah dianggap khianat dan tidak mempunyai semangat pakatan, apatah lagi untuk memarahi dan menunjukan kejantanan PAS , pastinya PAS akan dianggap sebagai perempuan sundal pula oleh DAP.


Rujukan:

MELAYU Bahagian 5 ( Sejarah Bani Jawi )





"Agama yang sama telah Dia wasiatkan bagimu sebagai sesuatu yang Dia perintahkan kepada Nabi Nuh - yang Kami telah wahyukan kepada mu- dan apa yang Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim, Musa, dan Isa: Yakni, bahawa kamu harus tetap teguh dalam agama, dan tidak membuat perpecahan di dalamnya: kepada mereka yang menyembah sesuatu selain Allah, berat terasa bagi mereka dengan (cara) yang engkau menyeru mereka. Allah memilih untuk diri-Nya orang-orang yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada orang yang kembali (kepada-Nya)." As-Syura 13


Bersatu Teguh Bercerai Roboh. Marilah kita menghubungkan salam demi agama, bangsa dan tanahair

Bangsa Melayu adalah teras yang utuh bagi Bani Jawi yang berketurunan terus dari Nabi Ibrahim a.s.

Kisah Bani Jawi ini terdapat di dalam kitab Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir, begini ceritanya. Anak-anak nabi Ibrahim dari Siti Qanturah/Keturah(dialek Hebrew) datang kepada bapanya Ibrahim tadi dengan perasaan sedih dan berkata

"Wahai bapa kami, tidak adakah dari kalangan kami seorang Rasul pun yang diutuskan? Kalau begitu darjat kedudukan kami jauh daripada darjat bapa kami, tidaklah seperti saudara-saudara kami dari nabi Ishak yang dijanjikan kemenangan ke atas mereka dengan diutuskan ramai rasul di kalangan mereka."
                                                                                       

Nabi Ibrahim mendiamkan diri kerana Jibril masih tidak menurunkan wahyu mengenai anak-anaknya di kalangan anak-anak Qanturah yang digelar Jawi itu.


 Perasaan sedih dan rendah diri anak-anak Jawi itu berlarutan begitu lama oleh kerana semua berita dari suhuf Ibrahim banyak mengisahkan tentang Ishak, Yaakub dan anak cucu mereka yang memiliki mertabat Rasul Pilihan. Begitu juga mengenai Ismail yang akan lahir dari keturunannya seorang Nabi dan Rasul Pilihan Allah, penutup segala Nabi dan Rasul yang teragung dan bangsanya yang dimuliakan.

Nabi Ibrahim sering berdoa demi mendengar pengaduan anak-anak Jawi-nya sambil diaminkan oleh mereka "Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang bertakwa."

Begitulah sayu doa nabi Ibrahim a.s. sehingga Jibril datang dan memberi perkhabaran

"Wahai Ibrahim, Khabarkan berita gembira ini kepada anak-anakmu dari Qanturah bahawa mereka memperolehi satu darjat di sisimu di dalam Firdaus dan perintahkan kepada mereka untuk pergi ke Timur dan sempurnakanlah agama Islam yang engkau sampaikan yang belum sempat menyempurnakannya. Mereka akan kembali di akhirat kelak cahaya mereka seperti cahaya anbiya dan rasul sedangkan mereka bukan anbiya atau pun rasul."


Perasaan gembira nabi Ibrahim jelas kelihatan dengan wajahnya yang bercahaya gilang gemilang dan memanggil semua anak-anaknya dari Siti Qanturah, Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, Shuah, anak-anak Jokshan; Sheba dan Dedan. Kata ibrahim


"Wahai anak-anakku, bergembiralah bahawa kamu semua akan memperolehi cahaya para anbiya dan para rasul dan pergilah kamu ke Timur. Aku telah meninggalkan satu kaum di sana semasa diperintahkan oleh Allah meninggalkan Hajar dan Ismail dan kemudian aku diperintahkan untuk kembali ke Plastine. Selama 9 tahun kaum itu aku seru kepada agama Allah dan belum sempat aku sempurnakannya, maka di atas bahu kamu ke serahkan tugasku ini."

Dikhabarkan bahawa nabi Ibrahim a.s. telah pergi berdakwah ke Tibet dan Burma selama 9 tahun meninggalkan anak yang masih kecil Ismail bersama ibunya Siti Hajar di suatu padang pasir yang tandus. Apabila kembali kerana diperintahkan oleh Allah baginda melihat anaknya sudah besar berumur 9 tahun dan di padang pasir yang tandus itu telah menjadi sebuah perkampungan orang-orang Jurhum dari Yaman seperti dalam kisah pengorbanan nabi ibrahim a.s. Terdapat juga air telaga dari kesan tumit kaki nabi Ismail yang dinamakan telaga Zamzam.


Kisah Bani Jawi tersebut jelas dikhabarkan di dalam Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir. Penyempurnaan agama Allah yang dipikul oleh Bani Jawi telah mengangkat mertabat mereka ke setinggi-tinggi mertabat Rasul di syurga Firdaus walau pun mereka bukan Rasul.


Oleh itu, wahai kaumku ! sedarilah tentang asal usul keturunanmu dan bangsa tidak akan dapat dipisahkan dari umat manusia kerana Allah telah memaktubkannya di dalam Al-Quran bertujuan untuk saling mengenali tetapi yang paling mulia dari sesuatu bangsa itu ialah yang paling bertakwa.

Allah telah memaktubkan Quraish dengan kemuliaan mereka diutuskan nabi yang terunggul sekali. Agama Allah dibawa atas tiket kaum sebelumnya oleh Bani Israil sehingga memuliakan mereka dan memertabatkan mereka. Maka di atas tiket kaum Bani Jawi Allah mengangkat agama nabi Ibrahim dan memuliakan Bani Jawi.

Kini Bani Jawi perlu bangkit atas millat Ibrahim membawa agama yang satu dan janganlah berpecah-belah dalam millat Ibrahim. Agama yang diwahyukan kepada nabi Muhammad s.a.w. itu adalah agama yang telah diwasiatkan kepada Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa ialah agama yang satu atau Agama Tauhid menyeru manusia kepada keesaan Allah. Dengan itu sesuatu kaum akan dimuliakan dan dimertabatkan dengan agama ini seperti firman Allah;



وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ




النور: ٥٥




"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." An-Nur 55



Marilah wahai kaumku Bani Jawi ! Bangunlah dari tidur lenamu ! Jangan kamu menjejaki langkah kaum yang binasa seperti yang dinyatakan oleh Allah di dalam kitabNya lebih banyak mengenai kerosakan dan kebinasaan kaum Bani Israil. Mereka dihalau dari tanah tumpah darah mereka oleh musuh yang sangat kuat oleh kerana perbalahan yang berlaku di kalangan mereka sendiri dan mengabaikan keesaan Allah dan penyatuan ummah.


Bacalah surah Al-Baqarah kalau kamu seoarang pemimpin kerana Rasulullah s.a.w. melantik ketua orang yang memahami surah Al-Baqarah. Di dalamnya terdapat cerita kaum Bani Israil yang melakukan pelbagai kerenah terhadap rasul-rasul dan nabi-nabi mereka. 



Kaum Bani Jawi juga banyak persamaan dengan kerenah Bani Israil kerana ada persamaan DNA dengan Manashe bein Joseph (dialek Hebrew), anak nabi Yusuf cucu kepada nabi Yaakub. Nabi Yaakub digelar Israil dan anak-anaknya adalah Bani Israil. Manashe cuci tangan dari perbalahan bapa-bapa saudaranya terhadap Yusuf dan berhijrah ke Timur . Terdapat satu pertembungan DNA Bani Jawi dengan Manashe ketika baginda berkahwin dengan perempuan Bani Jawi dan membina empayar yang luas sehingga diwarisi oleh cicitnya Iskandar Zulkarnain.

Kajian Saintifik tentang DNA Melayu

Lihat statement di National DNA Analysis Center Central Forensic Science Laboratory 30 Gorachand Road, Kolkata – 700014 India.


Abstrak 


latar Belakang 

Penduduk Kuki-Chin-Mizo yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan kaum tradisional endogamous yang tinggal di negeri Mizoram, India mendakwa keturunan dari sepuluh suku Israel yang hilang yang telah dibuang oleh orang Asyur. Untuk memastikan sejarah lisan mereka, kami menganalisis penanda DNA yang terdiri daripada 15 autosom penanda mikrosatelit, 5 dan 20 biallelic penanda mikrosatelit pada Y-kromosom dan maternally diwarisi mitokondria variasi jujukan DNA pada 414 individu daripada 5 komuniti puak dari Mizoram (Hmar, Kuki, Mara , Lai dan Lusei). Profil genetik yang diperoleh berbanding dengan sama ada populasi berkongsi keturunan Yahudi atau dengan penduduk tempatan di sepanjang laluan kemungkinan penghijrahan Yahudi keturunan pihak menuntut Mizoram suku. 

Keputusan 

Analisis Y-STR menunjukkan ketiadaan jenis Modal Cohen Haplo, tandatangan genetik asal Cohanim. Y-kromosom analisis penanda biallelic mendedahkan kehadiran keturunan Timur dan Tenggara Asia khusus dan ketiadaan kumpulan haplo J utama di kalangan populasi Yahudi. Rentetan DNA mitokondria bagaimanapun analisis mendedahkan kesan geneticelatedness antara keturunan Yahudi menuntut Mizoram suku dan keturunan Timur Dekat. Analisis autosom menunjukkan tahap sederhana pembezaan genetik di kalangan suku kaum Mizoram berbeza. 


kesimpulan 

Migrasi daripada suku kaum yang hilang melalui China mengakibatkan campuran genetik berikutnya lebih bersama-sama tempoh masa telah mungkin dicairkan kolam gen yang masih ada penduduk Kuki-Chin-Mizo. Walaupun keturunan sebelah bapa mereka tidak mempamerkan apa-apa kesan keturunan Yahudi, kejadian ibu keturunan Timur Dekat di kalangan suku kaum Mizoram mencadangkan tuntutan mereka untuk keturunan Yahudi tidak boleh dikecualikan. 

latar Belakang 
Masyarakat Yahudi kontemporari di seluruh Asia, Eropah dan Afrika Utara mengesan asal-usul mereka untuk Judea kuno dan Israel. Walau bagaimanapun, rekod sejarah yang mengaitkan ini populasi Yahudi kepada dispersals awal dari Israel kuno sering dipertikaikan. Lebih-lebih lagi, asal-usul beberapa penduduk minoriti yang mendakwa keturunan Yahudi jarang didokumentasikan dengan baik. Pemisahan geografi berpanjangan kumpulan-kumpulan ini telah membawa kepada perbezaan dalam amalan agama dan bahasa yang gagal muntah persamaan yang akan menunjukkan keturunan yang dikongsi bersama. 


Interaksi dengan penduduk tempatan juga telah menyumbang ke arah mencairkan keturunan yang berupa sebagai menjalankan ini populasi Yahudi. The Kuki-Chin-Mizo penduduk mendiami negeri timur laut Mizoram di India, mendakwa sebagai keturunan salah satu daripada sepuluh suku-suku Israel yang hilang. Walaupun rekod sejarah mengaitkan keturunan Yahudi mereka tidak ada, tradisi lisan dan prosedur sosiobudaya keselarian menarik hadir dengan agama Yahudi. Menurut sejarah lisan mereka, puak-puak ini dikatakan telah memasuki Mizoram, India dari bersebelahan Myanmar. Walaupun etnik mereka adalah keturunan Mongoloid dan bertutur bahasa Tibeto-Burman, tradisi mereka mempersekutukan asal mereka untuk B'nai Menashe - sisa suku Israel purba Menasseh. Sokongan berterusan timbul daripada sejarah sosio-budaya dan mulut mereka: 


1. suku memerhatikan 3 perayaan di tahun yang sama dengan orang-orang Yahudi. 


2. upacara pengkebumian, kelahiran dan perkahwinan upacara suku-suku menggambarkan analogi dengan purba 
Agama Yahudi. 


3. Legenda tempatan menerangkan kehadiran sisa-sisa bertaburan kaum Yahudi kehilangan Menashe lebih daripada 1,000 tahun lalu di sebuah gua di China yang kemudian membuat jalan acrossThailand ke India. 


Menurut Hranglien Songate puak memasuki China selepas melalui Afganistan dan Baluchistan. Sepuluh suku hilang: Reuven, Dan, Naftali, Gad, Asher, Isakhar, Zebulon, Ephrain, Menasseh dan Lewi Israel kuno telah diambil sebagai tawanan oleh Asyur pada 722 SM dan dibawa ke Parsi berikut buangan mereka di 457 SM. Dalam 331 SM apabila Alexander the Great menakluki Parsi, Afghanistan dan India, suku kaum ini telah diusir ke Afganistan dan negara-negara lain. Migrasi yang kemudian dikatakan telah berlaku ke arah timur melalui Hindukush sehingga mereka sampai ke kawasan Tibet dan China. Di China, mereka telah dipaksa untuk berkhidmat sebagai hamba. 


Oleh itu, proses asimilasi dan penaklukan telah bermula dan nenek moyang penduduk Kuki-Chin-Mizo dipercayai mereka yang telah menentang asimilasi dan mempunyai madetheir cara selatan melalui Thailand ke Burma, India dan Bangladesh. Menurut keterangan lisan hanya sebahagian kecil rakyat Kuki semasa asalnya berkaitan dengan suku Menashe. Keturunan Menashe sepatutnya telah diserap oleh Kukiinvaders pada akhir abad ke-15 di timur laut India 

Sementara satu website penyelidikan yahudi yang berpangkalan di Amerika syarikat telah membuat kajian keatas 115 keluarga dan mendapati DNA orang Israel terdapat didalam beberapa bangsa seperti dikesan. berikut adalah antara kenyataan didalam Harretz.com 

"Pusat Perubatan Sheba genetik telah mendapati bahawa penduduk kaum India di negeri AS Colorado mempunyai akar genetik Yahudi . 

Penanda biasa adalah mutasi genetik unik pada gen BRCA1. Mutasi ini, dikenali sebagai "mutasi Ashkenazi," terdapat dalam orang-orang Yahudi yang berasal dari Ashkenazi dan dikaitkan dengan peningkatan risiko mendapat kanser payudara dan kanser ovari. 

Untuk melakukan ini, mereka mengumpul sampel dari 115 keluarga menjalankan mutasi ini dari seluruh dunia. Ini termasuk keluarga Yahudi Ashkenazi dan asal Iraq, dan orang-orang Yahudi yang berasal dari bandar India Cochin. Mereka juga, dengan bantuan Weitzel , dikumpulkan sampel dari 16 keluarga yang membawa mutasi di kalangan orang India Mexico di Colorado, lima keluarga Inggeris dari Manchester, dan tiga keluarga dari Malaysia. 

Mutasi yang dikenal pasti dalam keluarga Inggeris dan Malaysia, di sudut lain, ia tidak datang dari sumber yang sama seperti mutasi Ashkenazi, ini menunjukkan bahawa mutasi maju dalam masyarakat lain secara selari."

wajah-wajah Melayu Tebeto (Hmar) 


Jelas wajah mereka di dalam gambar di atas saling tak tumpah dengan orang Melayu di Malaysia dan kulitnya yang berwarna sowo matang/kuning langsat. Saya pernah terbaca di dalam kitab tafsir bahawa warna kulit nabi Ibrahim berwarna kuning langsat dan kita juga pernah mendengar dari orang-orang tua kita bahawa bangsa Melayu berasal dari Tibet seperti Raja Malai yang datang dari Himalaya dan memerintah Langkasuka.

rujukan:
http://www.biomedcentral.com/content/pdf/gb-2004-6-1-p1.pdf
https://www.scribd.com/fullscreen/43686604?access_key=key-121e7f6dfn643bka7473
http://www.haaretz.com/jewish-world/jewish-world-news/israeli-researchers-group-of-colorado-indians-have-genetic-jewish-roots.premium-1.433227

Friday, October 3, 2014

MELAYU Bahagian 4 ( ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU )

“…sent them away from his son Isaac to the land of the east.”
(Genesis 25:6 New International Version) 
RUJUKAN: https://www.biblegateway.com/passage/?search=Genesis+25:6

Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan rahsia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.



Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia. Bangsa ini, yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.


Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang,lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey. Untuk mengkaji sifat dan karakter bangsa misteri ini,perlulah dicari dan dirintis sejarah panjang pengembaraan mereka dan apakah yang ditemui mereka di sepanjang epik perjalanan mereka itu.Faktor yang mewujudkan kepelbagaian dari segi wajah,bahasa dan personaliti bangsa ini.Faktor yang menjadi sumber ALTER TERAHSIA bangsa misteri ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan alter? Alter dalam bahasa mudah adalah personaliti tambahan atau pun personaliti lain yang selalunya akan muncul apabila di’suis’ dalam keadaan tertentu.Istilah alter sebenarnya berasal dari istilah mind-control di mana alter ini muncul setelah seseorang individu mengalami teknik mind-control tertentu contohnya teknik berasaskan-trauma.


Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang dikejar oleh anjing yang garang.Secara tiba-tiba orang tadi akan berlari sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri merasa hairan dengan kemampuan dirinya yang luar biasa itu.Padahal setiap kali pertandingan larian 100 meter,dialah yang tercorot (misalnya). Juga jika seseorang yang dianggap lemah dalam sesuatu perkara,secara tiba-tiba menjadi begitu bersemangat dan gagah bila menyentuh perkara yang lain.


Satu contoh yang baik tentang alter ialah dalam buku Norman Cousins berjudul Anatomy of an Illness, yang menceritakan kisah yang penuh dengan maklumat tentang Pablo Casals,salah seorang pemuzik yang terhandal dalam abad ke 20.

Cousins menceritakan pertemuannya dengan Casals tidak lama sebelum hari jadinya yang ke 90 pemain celo yang handal itu.Cousins mengatakan bahawa adalah sangat menyiksakan untuk melihat orang tua itu semasa dia memulakan harinya.


“Dia sangat lemah dan artritisnya tambah melemahkannya sehinggakan dia memerlukan pertolongan untuk memakai pakaian.Emfisemanya sangat jelas semasa dia bertungkus lumus untuk bernafas.Dia berjalan dengan mengheretkan kakinya,badannya bongkok dan kepalanya menjunam ke depan.Tangan-tangannya membengkak dan jarijarinya menggenggam.


Dia kelihatan seperti seorang yang amat tua,dan tersangat letih”. “Sebelum waktu makan,dia berjalan ke arah piano,iaitu salah satu alat muzik yang Casals cekap bermain.Dengan bersusah payah dia membetul-betulkan dirinya di atas kerusi piano.Dia nampaknya bersusah-payah berusaha untuk membawa jari-jarinya yang bengkak lagi tergenggam itu ke papan tanda.”


Kemudian sesuatu yang menakjubkan berlaku.Casals dengan tiba-tiba betul-betul dapat mengubah dirinya di depan mata Cousins.Dia telah masuk ke dalam keadaan yang pintar akal,dan semasa dia melakukannya,fisiologinya berubah ke tahap di mana dia mula bergerak dan bermain,menunjukkan di kedua-dua badan dan piano hasil yang sepatutnya hanya berlaku pada seorang pemain piano yang sihat,kuat dan fleksibel.Seperti yang dinyatakan oleh Cousins,


“Jari-jarinya terbuka dengan perlahan-lahan dan mencapai ke arah mata piano seperti tunas-tunas pokok bergerak ke arah cahaya matahari.Belakangnya ditegakkan.Dia nampaknya bernafas dengan lebih mudah”.


“Tubuh badannya tidak lagi kaku dan susut tetapi lemah lembut dan benar-benar bebas daripada lingkaran hidup atritisnya.Apabila dia meninggalkan piano,dia kelihatan benar-benar berubah daripada orang yang mula-mula duduk bermain.Dia berdiri dengan lebih tegak dan lebih tinggi;dia berjalan tanpa ada tandatanda mengheretkan kakinya.Dia serta-merta berjalan ke meja sarapan pagi,makan bersungguh-sungguh,dan kemudian keluar berjalan-jalan disepanjang pantai”.

Alter selalunya tersembunyi dibelakang personaliti utama yang membayangi alter-alter tadi.Tetapi apabila subjek berada dalam keadaan tertentu di mana personaliti utama tidak mampu menanganinya,alter ini akan tiba-tiba muncul dan beraksi.Maka subjek tadi akan berubah menjadi alter lain,berbeza dari alter utama(personaliti utama).Tidak mustahil pula alter ini menggantikan pula alter sebelumnya sebagai personaliti utama subjek tersebut. Alter inilah yang tersembunyi di dalam setiap orang Melayu yang kenal dirinya,asal usulnya dan siapa dirinya yang sebenar. ‘Melayu’ adalah bangsa misteri yang dimaksudkan,telah banyak berubah dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah Kanaan dan Sumeria (Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama beribu-ribu tahun dahulu,serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang merentasi beratus kilometer menuju ke arah timur untuk menuju ke arah ‘The Promised Land’ seperti yang diwahyukan Tuhan kepada Nabi Ibrahim a.s.


Menurut kajian geneologi setakat ini,Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyai tiga orang isteri,iaitu Sarah,Hajar dan yang terakhir Keturah.Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael).Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu Zimran,Jokshan,Medan,Midian,Ishbak dan Shuah.Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab.Kebanyakan teks-teks Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah,isteri bongsu Nabi Ibrahim.Sarah,iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal,manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir.Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai ‘unknown nationality’.


rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Keturah

Persoalannya, “Siapakah Keturah ini?”

Dari mana dia berasal?.Telah ditakdirkan dari perut Keturah ini lahirlah bangsa-bangsa agung penakluk seperti Chaldea,Media dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria,Akkadia,Assyria,Babylon dan lainnya dari kalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuh dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa-bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah.

Selama beribu-ribu tahun bangsa Yahudi diperangi,dibuli dan dikacau oleh bangsa bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam hikayat-hikayat mereka sebagai ‘raksasa’,'orang gasar(barbarian)’,'kaum yang ganas’ dan sebagainya.Jika kita lihat kisah Nabi Musa yang ingin kaumnya memasuki Tanah Palestin,di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinya kerana terdapat ‘kaum yang ganas’ di dalam Palestin dan sanggup mengeluarkan kata-kata,

“Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah,dan kami
menunggu di sini” (Kisah Nabi Musa)


Perlu diingat,akibat trauma dengan sejarah pedih bangsa mereka yang dibuli oleh saudara mereka yang ramai dari sebelah ibu tiri mereka Keturah,rabbi-rabbi Yahudi telah membeza-bezakan taraf isteri-isteri nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut sebagai isteri (wife) manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine).Kita boleh lihat di dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil),di mana mereka telah mengubah tafsiran isteri-isteri nabi Ibrahim. 


Sesungguhnya Nabi Ibrahim selaku Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membeza-bezakan isterinya,meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang diMekah.Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan anaknya yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang panas.Namun perintah Tuhan tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika itu adalah Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail kelak.

Adakah hanya Siti Khadijah sahaja sebagai isteri NabiMuhammad s.a.w manakala isteri-isterinya yang lain hanya layak disebut gundik? TIDAK SAMA SEKALI.Walhal pada asalnya Siti Sarah adalah wanita yang mandul,sebelum Allah s.w.t mengurniakan Nabi Ishak kepadanya pada saat umur yang terlampau tua.Sebab itulah Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan.Bukan sahaja disebut gundik,malah perasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah meleret-leret dengan mengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama.Siti Hajar dikatakan hamba Firaun manakala sumber lain pula menyatakan ‘gundik Firaun’.Padahal Siti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi Ibrahim untuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu yang ingin memperkosa Siti Sarah semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah di dalam tahanannya .Dengan kuasa Allah setiap kali Firaun datang untuk memperkosa Siti Sarah,perbuatannya terhalang secara aneh berkat doa Nabi Ibrahim.


Dari situ barulah Firaun sedar bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan orang dan mungkin berasal dari orang suci yang harus dihormati.Akibat rasa bersalah yang teramat sangat,maka bukan sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah membekalkan mereka dengan seorang perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai ‘kifarat’ dan hadiah kepada Nabi Ibrahim.Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika perjalanan pulang di mana Nabi Ibrahim membuka tutup kepala perempuan itu sambil bertanyakan asal-usulnya yang pada awalnya disangka seorang hamba yang dihadiahkan kepada mereka.Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim dan Siti Sarah bila mendengar pengakuan dari perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Firaun bertaraf puteri diraja. Tersentuh hati Nabi Ibrahim sambil mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang sememangnya berkehendak menjaga keturunannya sebaik-baiknya.Jadi keturunan Nabi Ismail yang turun kepada NabiMuhammad s.a.w adalah berketurunan diraja dari empayar agung Firaun yang pengaruhnya melewati Anatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza langsung dengan Firaun di zaman Nabi Musa kerana Firaun ini hidup lebih lama dari Ramses II kerana sezaman dengan Nabi Ibrahim).

Perlu dingatkan bahawa semasa zaman Nabi Ibrahim tidak ada bangsa yang disebut sebagai Yahudi.Dan sesungguhnya Nabi Ibrahim bukanlah seorang Yahudi.Nabi Ibrahim adalah berasal dari satu kaum purba yang sezaman dengan bangsa Hittites yang telah pupus dan bangsa misteri di Mesir (Firaun tadi) yang mungkin mewariskan rahsia Piramid dan teknologi canggih zaman itu kepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah selepas itu termasuklah Ramses II di zaman NabiMusa,dalam Alquran ada disebut:


“Wahai ahli-ahli Kitab! Mengapa kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim, pada hal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim; patutkah kamu berdegil sehingga kamu tidak mahu menggunakan akal?….Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah juga baginda seorang Kristian”.
(Ali Imran: 65 - 68)


Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra’ yang bermaksud suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan malam.Dari Nabi Yaakub ini turunlah anak-anaknya termasuk Levi,Yusuf,Bunyamin dan Yahudza.Di sini kita dapat mengesan perkataan yang memaparkan karakter Yahudi seperti Levi dan Yahudza.Bunyamin (Benjamin) pula adalah adik kesayangan Nabi Yusuf,yang kembali bertemu dengan Nabi Yusuf setelah sekian lama terpisah ketika Nabi Yusuf pada waktu itu menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan Raja Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu digelar al- Aziz bermaksud raja).

Pada waktu itu bangsa Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di bawah pemerintahan bangsa purba lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana di era Nabi Sulaiman dan Nabi Daud.Dalam pada itu keturunan dari saudara -saudara mereka yang enam orang tadi dari sebelah Keturah telah membina kekuatan yang amat dasyat,pada masa yang sama mereka telah mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa Yahudi,mencipta pelbagai ilmu sains dan teknologi yang canggih,membina negarakota-negarakota yang bertembok tinggi dan tebal,membina organisasi-organisasi moden yang sistematik serta menyusun balatentera yang gagah dan teknik peperangan yang maju.

Perlu dingat ketika ini dunia di sebelah lain seperti di Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India masih mundur dan kurang berpenghuni.Adakalanya kaum-kaum dari sebelah Barat ini,(di mana pusat ketamadunan manusia purba bermula dari sini di sekitar Mesopotamia) telah mengembara ke India dan China untuk menangkap kaum asli yang masih bercawat di dalam hutan untuk dijadikan hamba atau buruh kasar membina tembok-tembok dan kota (peristiwa ini dapat dihayati jika kita menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson atau 1000000 B.C).Pada masa yang sama bangsa Yahudi masih ditakuk lama,hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka.Sehinggalah mereka bertembung kembali dengan bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan Babilon (Babil) serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas memusnahkan kediaman mereka.

Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba dibawah pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya secara bersilih ganti.Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon untuk dijadikan hamba,pencacai,buruh kasar,kuli dan orang gaji dibawah kekuasaan Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan dirantai kaki dan tangan mereka. Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat telah dibakar oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya menyimpan dan menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi. Diwaktu pemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang tinggi.Mereka mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik-pelik dengan harapan syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan di bawah penjajahan bangsa Babilon.

Disinilah bermulanya amalan ‘Babilonian Magic’ yang menjadi asas Sihir Gematria, Necronomicon, Kultus Pentagram,Ramalan Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden Harut danMarut seperti yang dikisahkan dalam AlQuran. Kegilaan bangsa Yahudi ini dalam mempelajari sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan dan menyebabkan ramai nabi diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak mereka.Bangsa Yahudi adalah bangsa spiritual.Mereka peka kepada perkara-perkara bersifat ghaib dan misteri.Mereka percaya kepada makhluk halus dan kuasa sakti.Mereka gemar mempelajari sisi spiritual dari bangsa-bangsa gagah yang menjajah mereka silih berganti. Berbalik kepada wanita misteri yang menjadi isteri ketiga Nabi Ibrahim,tidak banyak diketahui tentang kehidupannya malah berasal dari kawasan mana ataupun dari jurai keturunan mana walaupun sudah pasti berasal dari kelompok pengikut Nabi Nuh mahupun mungkin terus berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh sendiri.Sumber-sumber kuno Yahudi juga masih samar-samar dalam membicarakan asal-usul Keturah,si wanita misteri ini.Tetapi jika disusur dari kehidupan Nabi Ibrahim sebagai ‘patriarch’ (gelaran yang diberikan kepada lelaki yang menjadi ketua keluarga yang sekaligus sebagai pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya yang terhormat dan besar) memungkinkan baginda hanya berkahwin dengan suku terhormat sahaja.Tambahan pula Keturah telah melahirkan anak-anaknya yang gagah-gagah dan hebat.

*Keturah di khemah sebelah kanan bersama sama 6 anaknya.Diambil dari teks Yahudi kuno. Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual.Dari sini kita dapat menyelusuri susur galur bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual.Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah.Tetapi terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah Akkadia (namun begitu teori yang paling meyakinkan setakat ini ialah Keturah berasal dari Timur Jauh;tempat di mana keturunan nabi Ibrahim diarahkan menyebar selepas itu).Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu.


Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka.Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit,dan mengarah tepat ke arah kiblat.Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan.Siapakah bangsa agung yang mulamula merencanakan pembinaan Piramid?


Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit.Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia.Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.Tidak percaya?.Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara.


Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi.Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia.TIDAK…TIDAK SAMA SEKALI.Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia,haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih.Di sini kita dapat mengetahui bahawa profesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoology yang handal Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang?FIKIRKAN.100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera nabi Nuh teramatlah sedikit.Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja.Nabi Nuh juga membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing.


Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang kurangnya.Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.Masih tidak percaya?.Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak kenyataan ini.

Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009Masehi.Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun),maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar. Maka jika berfikir seperti ini,kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO.Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.

"TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA BALA BENCANA?"

 Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini.Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahansembahan berhala yang mereka pertuhankan.Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini.Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua,bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja.TIDAK SAMA SEKALI.Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik.


Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD,CD-RW,DVD,DVD-RWatau sebagainya) di China.Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Afrika!Apa maksud semua ini?Berapa umur Bumi sebenarnya?Berapa umur umat manusia sebenarnya?.Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason.Mereka ada sebab untuk mengelirukan manusia.Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.


Maka setelah Banjir Besar,para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir.Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu,bercucuk tanam dan mengail ikan.Di waktu-waktu malam mungkin mereka berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka tentang kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. wallahualam.