Ads

Friday, May 8, 2015

GST dan tekad Tim Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan

GST memberi impak yang sangat besar pada masa kini kepada kerajaan Barisan Nasional. pihak pembangkan cuba memainkan isu-isu GST sebagai satu tekanan kepada BN bagi merosakan dasar kerajaan yang baik ini demi menjaga kepentingan rakyat Malaysia.

Tim Menteri Kewangaan Datuk Ahmad Maslan di lihat berkerja keras menjalankan misi GST ini dengan penuh tekun dan berwibawa. baagaimana pun sokongan jentera kerajaan dan Barisan Nasional dan menteri-menteri yang berkaitan adalah amat-amat di perlukan keran skop dan bidang yang di perlukan dalam perlaksanaan GST adalah melibatkan banyak pihak. Datuk Ahmad Maslan dalam tweetnya optimis akan kelancaran GST dapat di laksanakan .


Beliau mengariskan bahawa GST akan berjaya sekiranya:

1.Semua agensi yang berkaitan MOF, KPDNKK dan KASTAM terus menerus menjalankan program mendidik rakyat dan penguna tentang keperluan GST. ia adalah satu bentuk meng-ilmu dan memberi pengetahuan kepada rakyat tentang perjalanan GST, kepentingan kepada rakyat dan kerajaan. kebaikan dan faedah kepada rakyat terutama, rakyat yang dari golongan serderhana dan tidak berpendapatan tinggi. kebaikan kepada Pengilang & pemborong dan penjual /peniaga yang mana dapat mengurangkan kos yang tersembunyi apabila sistem akuan sykt di kemaskini dengan baik hasil dari impak GST,

Ia juga mengurangkan cukai pendapatan syarikat kepada 1 persen dari nilai pendapat sebelum ini. dalam masa yang sama syarikat-syarikat juga mampu menyumbang kepada kemajuan negara hasil dari pembayaran GST yang amat berpatutan dan tidak keterlaluan berbanding SST. ia juga memberi laluan yang terang kepada syarikat-syarikat yang kurang pendapatan RM 500.000 kebawah untuk tidak merasa risau dan bercelaru akan pembayaran cukai pendapatan syarikat. sementara cukai pendapatan individu akan turun kepada 1-3 persen dari nilai sebelumnya.

2. Jika SST sebelum ini adalah 10 peratus ke atas cukai barang dan perkhidmatan , kini dengan GST cuma 6 peratus. dan perlaksanaan GST secara amnya menurunkan harga barang dan perkhidmatan yang diterima oleh rakyat. SOP yang di guna pakai adalah seperti berikut:

contoh: Barang A berharga RM110.00

Harga barang tanpa cukai (10% SST)= RM100.00
Harga dengan cukai  SST              =RM110.00

Selepas di tukar GST

Harga barang tanpa cukai (6% GST)= RM100.00
Harga barang dengan cukai GST= RM 106.00

3. Perkhimatan makanan asas dan keperluan utama di kecualikan GST. jika SST semua jenis produk makanan dan perkhidmatan di kenakan cukai.. ia tidak dengan GST di mana kerajaan mengambil kira kepentingan keperluan asas rakyat . barang-barang dapur seperti , Beras, Ikan, Ayam. bawang , cili (semua produk asas dapur) tidak di kenakan GST. ia amat bagus untuk rakyat Malaysia untuk lebih mempunyai nilai belian hasil penjimatan dari pengecualian cukai kepada barang keperluan rakyat.

4. GST juga akan berjaya jika para peniaga bertangung jawab dan ber-etika menurunkan harga barang dengan kadar yang sepatutnya hasil dari perlaksanaan GST , jika para peniaga mengambil langkah sebaliknya maka ia akan merosakan faedah GST kepada rakyat. maka di sini pengkuat-kuasan KPDNKK dan KASTAM amat-amat di perlukan bagi mengheret peniaga tamak dan tiada etika ke muka pengadilan kerana cuba menipu , menganiaya dan mengkhinati rakyat Malaysia dan kerajaan berdaulat Malaysia.

5. Sementara rakyat juga di alu-alukan menjadi sebahagian anggota pengkuatkuasa kerajaan secara tak rasmi sebagi mata dan telinga kerajaan dalam memantau dan membuat tindakan seperti melaporkan aktiviti penipuan harga jualan kepada kerajaan seperti KPDNKK dan KASTAM atau memboikot syarikat-syarikat atau kedai-kedai terbabit.

Sebagai rakyat, "ANDA adalah HERO MALAYSIA" yang sebenar, yang memerhati , memantau dan bertindak sebagai pengarah kepada operasi-operasi kecil di tempat anda dalam menjaga perjalanan GST ini. Apa yang anda perlu lakukan , membuat pemantauan, tindakan boikot bersam komuniti anda jika ada kedai-kedai yang degil dan menipu. serta membuat laporan terus kepada pihak KASTAM dan KPDNKK untuk tindakan. dan seandainya kedua-dua pihak ini masih gagal dalam tindakan mereka anda mempunyai kuasa untuk melaporkan terus kepada MOF akan situasi ini .

5.Sebagai Rakyat Malaysia , Anda semua adalah "WIRA NEGARA"..sekiranya anda menjaga Negara kita bersama-sama membantu dasar kerajaan dalam menjaga kepentingan Rakyat. Bersama kita bantu Datuk Ahmad Maslan demi kepentingan diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita amnya serta anak cucu-cucu kita pada masa hadapan. Insyallah.

No comments:

Post a Comment