Ads

Monday, May 11, 2015

Gerakan menjatuhkan Datuk Ahmad Maslan sedang bermula oleh perosak UMNO.?


Sebuah Blog Pro UMNO melaporkan bahawa terdapat ura-ura Datuk Ahmad Maslan bakal di singkir dari kabinet Najib bila mana rombakan kabinet bakal di lakukan tak lama lagi. Menurut Blog Pistol Nakal sumber itu datang dari dalaman UMNO. Pastinya sumber yang di maksudkan oleh Pistol Nakal adalah sumber yang berkedudukan di dalam UMNO yang mana mampu mengubah kedudukan atau menyingkir kedududkan seseorang MT dan kedudukan di dalam kabinet Najib.

Pistolnakal.blogspot 
Persoalannya. adakah UMNO bertindak bijak menyingkirkan Datuk Ahmad Maslan dari post di MOF sebagai Tim Menteri Kewangan dan jawatana lantikan sebagai Pengerusi Penerangan UMNO? , jika benar akan berita yang di tulis dari Blog Pistol Nakal itu..?



Kerja –kerja Penerangan

Jika kita menelusuri akan gerak kerja Datuk Ahmad Maslan dari awal menjadi Ketua Penerangan UMNO. Kita dapat melihat akan komitment beliau dalam menjalankan tangung jawab yang di berikan kepada beliau. Beliau komited dengan pelbagai kaedah dan cara untuk mengembalikan keyakinan rakyat terutama penduduk luar Bandar kepada UMNO, setelah UMNO menang  tipis  pada ketika PRU13. Bermula dari PRU13 yang memberi impak besar kepada kekuatan UMNO. Datuk Ahmad Maslan begitu bersungguh-sungguh menjalankan tanggung jawab yang diberi kepada beliau. Beberapa PRK menjelaskan akan keperibadian beliau yang menjadi contoh kepimpinan UMNO kepada rakyat marhain. Apabila beliau tanpa mengira penat lelah berkerja mendekati rakyat dengan serapat mungkin. Jika kawasan PRK itu ada mempunyai Felda pastinya beliau akan berkampung dan tinggal bersama peneroka Felda demi merasa denyut nadi rakyat. Beliau amat bersahaja melakukan semua aktiviti kemasyarakatan, bersama rakyat.



Menjadi Timbalan Menteri Kewangan .

Beliau dengan rangkaian jentera Penerangannya telah membuktikan akan keunggulan perlaksanaan tugasan dalam setiap PRK selepas PRU13. Kekuatan mental dan fizikal yang ada cukup menjadikan beliau seorang yang kental berjuang tanpa rasa penat  atau takut dengan serangan musuh. Namun begitu  kerap kali jawatan dan tangung jawab beliau tidak datang dengan bentuk peruntukan yang sewajarnya. Kerap kali jentera yang membantu akan terasa agak penat  apabila peruntukan yang sewajarnya tidak turun  dari UMNO yang sepatutnya memberi secukup perbelanjaan kepada beliau selaku Jenderal Perang. Pekara ini berlaku berulang kali. Namun Datuk Ahmad Maslan tetap mendiamkan diri walaupun begitu para jentera amat memahami akan situasi sebenar apa yang berlaku. Beliau dengan inisiatif yang ada dengan kekuatan yang ada dengan bekalan yang ada terus berperang ke medan perang di kala beberapa pemimpin UMNO lain sedang bergelak ketawa menikmati habuan  perang yang sepatutnya bukan milik mereka tetapi milik para perjuang di bawah. Salah siapkah ini..?

Kemenangan pada PRU13 memberi rezeki kepada Datuk Ahmad Maslan , apabila beliau di lantik sebagai Tim Menteri Kewangaan.  Datuk Seri Najib rupanya telah yakin akan kebolehanbeliau dalam gerak kerja penerangan, Penerangan adalah bidang kemahiran Datuk Ahmad Maslan. Beliau di lantik atas sebab beberapa dasar kerajaan bakal di laksanakan, dan Datuk Ahmad Maslan mendapat kepercayaan untuk mengetuai kementerian Kewangan dalam penerangan berkaitan GST.



GST

Isu GST menjadi tajuk panas di seantero Malaysia. Namun Datuk Ahmad Maslan telah menunjukan komitment yang sangat kuat dalam penerangan dan juga perlaksanaan GST. Bermula dengan program penerangan GST seluruh Malaysia yang di jalankan bersama KASTAM di bawah MOF. Beliau berusaha menyampaikan penerangan dengan bahasa rakyat atau bahasa mudah ,. Bagi rakyat memahami akan apa itu GST. Namun kelihatannya Datuk Ahmad Maslan berkerja berseorangan dalam tugasan ini , yang mana tugasan perlaksanaan ini juga berkait rapat dengan KPDNKK dan KKMM. Beliau di serang dari pihak PR dan juga dari pihak UMNO sendiri tanpa belas.

Tetapi pernahkah anda terfikir , Selepas semua wakil UMNO atau BN di Bahagian yang di jemput menghadiri taklimat GST di setiap Negeri , Adakah mereka menjalankan tugas mereka membantu UMNO/BN menerangkan apa itu GST kepada sekurang-kurangnya ahli sendiri di peringkat Bahagian, DUN dan cawangan masing-masing..? Admin rasa memang tiada satu pun tindakan yang seperti itu di buat oleh mana-mana bahagian UMNO atau BN.

Sementera para pengiat media maya. Mempunyai kurang pemahaman akan maklumat GST, bukan kerana kurang nya info tapi malas membuat penyelidikan sendiri. Terikut-ikut dengan nada pembangkang menyerang Datuk Ahmad Maslan tanpa rasa segan dan malu yang kononnya sebagai semboyan UMNO dan BN, kononnya yang mempertahankan Parti keramat ini. Maka satu persepsi yang tidak baik cuba di ujudkan untuk membenam, seorang Jenderal Perang yang amat bagus kepada UMNO. Ini berlaku kerana semata-mata ada individu di dalam UMNO yang rakus jawatan tetapi tak tahu buat kerja. Jika ini berlaku maka hayat UMNO berada di hujung tanduk akibat. Pembunuhan Jenderal Perang sendiri oleh ahli UMNO yang mempunyai pemikiran rendah IQ, yang tidak tahu membezakan yang mana intan yang mana kaca.



Kesetiaannya pada Presiden UMNO.

Datuk Ahmad Masaln di ketahui umum seorang yang setia dengan Presiden UMNO. Di kala kemelut pegeseran Tun Mahathir dan Datuk Seri Najib yang berlaku sekarang. Datuk Ahmad Maslan dengan jelas mempertahankan dasar kerajaan yaitu GST yang di laksanakan , adalah satu dasar yang baik di era pemerintah Datuk Seri Najib. Beliau bagai mana pun masih mengunakan nada yang sesopan mungkin  bagi menghormati Tun Mahathir bahawa mungkin Tun Mahathir kurang faham dengan GST. Jika kita lihat di kala ini siapakah dengan terang bersama-sama mempertahkan Datuk Seri Najib secara terbuka.? Ya fikirkan lah jika ada gerakan bodoh di dalam saf kepimpinan Najib yang cuba merosakkan struktur pentabiran yang baik bagi mengisi dengan diri sendiri atau proksi masing-masing , maka UMNO akan jahanam meyembah bumi.



Jika benar apa yang di laporkan oleh Blog Pistol Nakal. Maka rombakan kabinet akan di penuhi oleh sampah sarap yang bakal menghancurkan UMNO/BN. Ironisnya beberapa menteri yang di ketahui umum tiada kerdibiliti, kerap menimbulkan masalah kepada UMNO tidak pulak di petik selaju mereka memetik nama Datuk Ahmad Maslan.

Adakah UMNO bakal menjadi satu lagi bahan artifak di muzium nanti. Adakah Datuk Seri Najib benar-benar cerdik sebagai Pemimpin Negara yang mana tahu siapa yang berkerja dan siapa yang sedang main wayang.. kita nantikan keputusannya. Pada rombakan kabinet yang bakal di lakukan  seperti yang di katakan di dalam Blog Pistol nakal.

No comments:

Post a Comment