Buang satu nama yang asing dalam dunia Sains. Namun satu
dokumentari yang di buat oleh Isabella Desjeux seoarng rakyat Perancis telah
membongkar akan keujudan "Buang", seorang Sainstis Melayu yang di hilangkan dari sejarah
dunia sains. Beliau di katakan pembantu kepada saintis dunia abad ke 19 yang terkenal bernama Alfred Russel Wallace
Buang Bin Mohammad Ali |
Alferd Russell Wallace |
kenyataan dari wikipedia tentang A.R Wallace |
Menurut dari video kumpulan kerja Isabella Desjeux. Di Ternate sebuah Pulau dalam republik Indonesia
, yang mana populasi penduduk adalah berbangsa Melayu , yang juga bertutur bahasa
Melayu yang sama seperti Melayu semenanjung Malaysia.
Penemuan kisah Buang
bermula apabila , satu tapak yang hendak di bina sebuah sekolah di mulakan
proses penyediaan tapak. Dalam kerja-kerja tersebut mereka menemukan satu kotak
besi . pada permulaannya mereka menyangka ia adalah peninggalan Penjajah
Portugis. Bagaimanapun sangkaan mereka meleset apabila mereka membuka kotak itu ,
apa yang mereka temui adalah manuskrip yang di tulis pada sekitar abad 1860
sehingga 1890 yang masih dalam keadaan yang baik. Manuskrip tersebut kemudian telah
di hantar ke Department of Epistmology di University of Failomics di Abuja.,
Nigeria untuk di kaji.
Hasil kajian di University of Failomics oleh Dr . Ola
Madunagu. Beliau berkata
” Buang bukan seorang lelaki biasa, ia berketurunan
Melayu dari etnik Bugis dan keluarganya datang dr Benyagak. Nama Penuh beliau
adalah Buang bin Mohammad Ali. Beliau bertemu Wallace pada tahun 1854 di
kepulauan Borneo dan membantu Wallace mengumpul specimen”
Spesimen yang di temui oleh Buang dan Wallace kemudian nya di hantar ke Musium Sejarah Kebangsaan England. Sewaktu membantu
Wallace dalam mengumpulkan spesimen. Buang telah pun membina makmalnya sendiri
dan mengoperasikan kajian di makmalnya. Ia juga brkahwin di sana.
Ketika Isabella Desjeux melawat Ternate dalam pengambaran dokumntarinya berkaitan Buang. Beliau berkata
, "suasana hari ini di Ternate adalah sama seperti pada zaman dahulu dalam
bidang perdagangan. Di mana Pengembara atau pelawat ramai yang datang ke
Ternate, Perdagangan kerap di lakukan adalah Buluh, Tumbuhan Perubatan serta
Logam Tembaga yang sangat bernilai tinggi. Tembaga biasanya di gunakan untuk
tujuan pembuatan barang Kemas. Namun dari manuskrip dan tinggalan yang di temui
menunjukan Buang mengunakan Temabaga sebagai alatan dalam makmal beliau."
Seorang penduduk Ternate Samsudin Simpan yang di temubual oleh Isabella
berkata,”Buang adalah cerita biasa yang di ceritakan oleh penduduk Ternate,
Buang bukan lah penduduk asal ternate , dia datang bersama seorang lelaki kulit
putih, beliau juga mendakwa datuk beliau adalah rapat dengan buang, kerap
membantu buang dalam kerja-kerjanya. Menurut datuknya, buang adalah pembatu
lelaki kulit putih tersebut, memasak dan juga sebagai perterjemah . dia juga
membawa kotak khas yang muingkin untuk tujuan memburu di hutan sekitar Ternate."
anatar alatan yang di guanakan BUANG dalam kajiannya |
Alatan kajian BUANG di makmalnya |
barang yang di temui didalam kotak. sehelai Batik yang mempunyai motif yang berlainan dari motif Batik yang biasa kita temui |
Menurut Isabella di dalam dokumentari tersebut "dengan
melihat apa yang ada di dalam kotak milik buang yang di temui itu, amat jelas ,
perbezaan budaya antara dua lelaki ini , iaitu Buang dan Wallace, menjadikan
Wallace seakan tidak memandang hasil kajian Buang. Dan tidak mengambil atau
mengangkat kajian buang di mata dunia."
"Jadi persoalanya sekarang, kita perlu tahu apa yang telah
Buang temui dalam kajian sains belaiu..? memahami apa yang telah di temui dalam
kajian beliau bukan sahaja satu kelebihan dalam dunia sains , tetapi juga
memberi satu penerangan baru tentang kaedah berbeza dalam kajian sains”
Antara kajian buang yang di temui di dalam catitan nya
adalah ‘menghasilkan tenaga mengunakan buah durian” dan juga tumbuhan.
kajian BUANG. menghasilkan tenaga mengunakan buah Durian |
medan tenaga di hasil kan oleh tumbuhan dari buku nota BUANG yang di temui |
Beberapa kajian berkaitan fizik juga di temui berkaitan
momentum dan putaran , seakan-akan menjurus kepada kajian aeronatik atau penerbangan
anatara catatan di dalam buku nota BUANG |
catitan di dalam buku nota BUANG. ia seperti satu kajian Fizik aeronatik. yang di kaji melalui kebolehan tumbuhan (Buah letop) membiak melalui kaedah penerbangan atau layangan |
kajian dokumentari Isabella Desjuex mendapat penajaan dari beberapa badan yang berusaha mermartabatkan ketamadunan dan memelihara pencapaian Bangsa Melayu.
Dari apa yang kita ketahui melalui cerita berkaitan Saintis Melayu bernama Buang , jelas sekali bangsa Melayu mempunyai kepandaian yang juga hebat dalam kajian Sains. namun kerana menjadi lumrah pihak barat tidak akan sesekali mengangkat darjat atau kebolehan orang Melayu untuk di gunakan. mereka lebih sanggup menutup ilmu yang di pelopor oarng Melayu itu hilang dan di "senyapkan" supaya Bangsa Melayu tidak bangkit menjadi bangsa yang kuat. Oleh itu kita sebagai Bangsa Melayu wajib mengetahui bahawa bangsa Melayu hanya boleh bangkit dan maju dengan kekuatan sendiri. jika kita berharap pada bangsa asing untuk memajukan kita maka kisah BUANG akan berulang kembali. satu kehilangan yang besar buat peradaban Melayu yang sebenarnya selama ini satu bangsa yang hebat dalam pelbagai bidang.
rujukan artikal:
https://isabellecreates.wordpress.com/projects/buang-the-lost-malay-scientist/
https://vimeo.com/16263098
http://en.wikipedia.org/wiki/Alfred_Russel_Wallace
No comments:
Post a Comment