Ads

Sunday, May 17, 2015

NILAI PERUBATAN DI DALAM BUAH PISANG


Selepas membaca ini, anda tidak akan melihat pisang dengan cara yang sama lagi



Pisang mengandungi tiga jenis gula semulajadi - Sukrosa, Fruktosa dan Glukosa yang digabungkan dengan Gentian. Pisang  memberi segera, tenaga berterusan dan rangsangan besar.
Penyelidikan telah membuktikan bahawa hanya dua biji pisang mempunyai cukup membekal tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia.
Tetapi tenaga bukanlah satu-satunya cara pisang boleh membantu kita menjaga kesihatan. Ia juga boleh mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya satu kemestian untuk menambah kepada diet harian kita.

KEMURUNGAN
Menurut kaji selidik baru-baru ini yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi Tryptophan, sejenis protein yang apabila masuk ke  badan kita ia  bertukar menjadi Serotonin, Serotonin berupaya untuk membuat anda berehat, meningkatkan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh menjejaskan mood anda.

Anemia
Tinggi dalam besi, pisang boleh merangsang penghasilan Haemoglobin di dalam darah dan seterusnya membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah:
Buah tropikal unik ini sangat tinggi kalium tetapi rendah garam, menjadikannya sempurna untuk mengalahkan tekanan darah tinggi atau rendah. Sehinggakan, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat baru sahaja dibenarkan industri pisang untuk membuat kenyataan  rasmi tentang keupayaan buah-buahan untuk mengurangkan risiko tekanan darah dan stroke.



TENAGA MINDA
200 pelajar di sebuah sekolah Twickenham (England) semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengah hari dalam usaha untuk meningkatkan kuasa otak mereka. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa buah kalium-dibungkus boleh membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar lebih peka.

SEMBELIT
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet boleh membantu memulihkan tindakan usus yang normal, membantu untuk mengatasi masalah ini tanpa menggunakan julap.

KELETIHAN
Salah satu cara untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu melegakan dan menghidrat semula sistem anda.

PEDIH ULU HATI
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan, jadi jika anda mengalami pedih hulu hati, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

DEMAM PAGI
Makan snek di antara waktu makan pisang untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

GIGITAN NYAMUK
Sebelum mencapai krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan yang terlibat dengan bahagian dalam kulit pisang. Ramai orang yang telah berjaya untuk mengurangkan bengkak dan kerengsaan.

SARAF
Pisang adalah tinggi dengan vitamin B yang membantu menenangkan sistem saraf ..
Berat badan berlebihan dan di tempat kerja? Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan keselesaan coklat foodlike dan kerepek. Melihat kepada 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah makanan yang disebabkan oleh panik, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap dua jam untuk mengekalkan kadar yang stabil.

ULSER
Pisang digunakan sebagai makanan diet terhadap gangguan usus kerana ia bersifat lembut. Pisang  adalah satu-satunya  buah mentah yang boleh dimakan tanpa memudaratkan dalam masalah yanag melibatkan kes kronik . Ia juga meneutralkan lebihan asid dan mengurangkan kerengsaan oleh salutan lapisan perut.

KAWALAN SUHU
Ramai yang melihat pisang sebagai buah 'bertenang' yang dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand, sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan dengan suhu yang sejuk.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, ia mempunyai empat kali protein, dua kali karbohidrat, tiga kali ganda fosforus, lima kali vitamin A dan zat besi, dan dua kali vitamin dan mineral lain .. Ia juga kaya dengan kalium dan merupakan salah daripada makanan nilai terbaik yang mudah di dapati .



Jadi pengambilan Pisang pada diet harian anda membantu anda mengelakan penyakit-penyakit kronik menghinggapi anda. Ia menjaga tahap kesihatan anda dan yang penting ia sangat murah untuk di beli.

rujukan artikal;

Thursday, May 14, 2015

Hasutan membunuh Datuk Ahmad Maslan.


Satu kerja hasutan membunuh Datuk Ahmad Maslan melalui permainan video telah di buat oleh Vnbox, juga di laporkan oleh malaysiakini dan The Star. hasutan seperti ini boleh mengundang rakyat untuk membuat cubaan membunuh Datuk Ahmad Maslan. Vnbox juga menghina dewan Parlimen kerana meletakan lokasi permainan di dalam dewan Parlimen.

Vnbox dengan Tajuk "Yeop Maslan 3.8" boleh di muat turun di googel Play Apss yang mana ia juga dboleh di muat turun dr Android atau telefon pintar.

Vbox sebuah syrikat berasaskan telekomunikasi mengunakan nama Vnbox Trading Service Sdn Bhd
perbuatan yang melanggar undang-undang negara dengan menghasut rakyat membenci pemimpin dengan tujuan supaya rakyat mencari peluang membunuh Datuk Ahmad Masaln adalah satu perbuatan yang sangat keji. ia seolah-olah cuba menanam jiwa penganas ke dalam jiwa anak muda dan kanak-kanak serta rakyat Malaysia. 

Kerajaan wajib mengambil tindakan tegas terhadap pencipta permainan ini dan di hukum dengan hukuman yang maksimum. jika di biarkan rakyat yang kurang pemahaman politik akan terpengaruh dan membuat tidakan secara realiti. permaianan ini juga menghina institusi Parlimen Malaysia kerana menjadikan lokasi pembunuhan Ahmad maslan di situ.

Apakah Akta POTA dan hasutan akan terpakai dalam isu seperti ini. jika tidak bermakna akan banyak lah permainan berunsur pengganas yang bertujuan memesongkan ranyat untuk membunuh pemimpin-pemimpin naegara. pihak SKMM, KDN wajib bertindak tegas dalam isu seperti ini.

Vnbox Trading service sdn bhd: 




Video link
The Star melaporkan isu berkaitan

link


Wednesday, May 13, 2015

"BUANG" , SAINTIS MELAYU YANG DI TUTUP JEJAKNYA.



Buang satu nama yang asing dalam dunia Sains. Namun satu dokumentari yang di buat oleh Isabella Desjeux seoarng rakyat Perancis telah membongkar akan keujudan "Buang", seorang Sainstis Melayu yang di hilangkan dari sejarah dunia sains. Beliau di katakan pembantu kepada saintis dunia abad ke 19 yang terkenal bernama Alfred Russel Wallace

Buang Bin Mohammad Ali


Alferd Russell Wallace
kenyataan dari wikipedia tentang A.R Wallace



Menurut dari video kumpulan kerja Isabella Desjeux.  Di Ternate sebuah Pulau dalam republik Indonesia , yang mana populasi penduduk adalah berbangsa Melayu , yang juga bertutur bahasa Melayu yang sama seperti Melayu semenanjung Malaysia. 



Penemuan kisah Buang bermula apabila , satu tapak yang hendak di bina sebuah sekolah di mulakan proses penyediaan tapak. Dalam kerja-kerja tersebut mereka menemukan satu kotak besi . pada permulaannya mereka menyangka ia adalah peninggalan Penjajah Portugis. Bagaimanapun sangkaan mereka meleset apabila mereka membuka kotak itu , apa yang mereka temui adalah manuskrip yang di tulis pada sekitar abad 1860 sehingga 1890 yang masih dalam keadaan yang baik. Manuskrip tersebut kemudian telah di hantar ke Department of Epistmology di University of Failomics di Abuja., Nigeria untuk di kaji.



Hasil kajian di University of Failomics oleh Dr . Ola Madunagu. Beliau berkata
” Buang bukan seorang lelaki biasa, ia berketurunan Melayu dari etnik Bugis dan keluarganya datang dr Benyagak. Nama Penuh beliau adalah Buang bin Mohammad Ali. Beliau bertemu Wallace pada tahun 1854 di kepulauan Borneo dan membantu Wallace mengumpul specimen”

Spesimen  yang di temui oleh Buang dan Wallace kemudian nya di hantar ke Musium Sejarah Kebangsaan England. Sewaktu membantu Wallace dalam mengumpulkan spesimen. Buang telah pun membina makmalnya sendiri dan mengoperasikan kajian di makmalnya. Ia juga brkahwin di sana.



Ketika Isabella Desjeux melawat Ternate dalam pengambaran  dokumntarinya berkaitan Buang. Beliau berkata , "suasana hari ini di Ternate adalah sama seperti pada zaman dahulu dalam bidang perdagangan. Di mana Pengembara atau pelawat ramai yang datang ke Ternate, Perdagangan kerap di lakukan adalah Buluh, Tumbuhan Perubatan serta Logam Tembaga yang sangat bernilai tinggi. Tembaga biasanya di gunakan untuk tujuan pembuatan barang Kemas. Namun dari manuskrip dan tinggalan yang di temui menunjukan Buang mengunakan Temabaga sebagai alatan dalam makmal beliau."



Seorang penduduk Ternate Samsudin Simpan yang di temubual oleh Isabella berkata,”Buang adalah cerita biasa yang di ceritakan oleh penduduk Ternate, Buang bukan lah penduduk asal ternate , dia datang bersama seorang lelaki kulit putih, beliau juga mendakwa datuk beliau adalah rapat dengan buang, kerap membantu buang dalam kerja-kerjanya. Menurut datuknya, buang adalah pembatu lelaki kulit putih tersebut, memasak dan juga sebagai perterjemah . dia juga membawa kotak khas yang muingkin untuk tujuan memburu di hutan sekitar Ternate."

anatar alatan yang di guanakan BUANG dalam kajiannya

Alatan kajian BUANG di makmalnya

barang yang di temui didalam kotak. sehelai Batik yang mempunyai motif
yang berlainan dari motif Batik yang biasa kita temui


Menurut Isabella di dalam dokumentari tersebut "dengan melihat apa yang ada di dalam kotak milik buang yang di temui itu, amat jelas , perbezaan budaya antara dua lelaki ini , iaitu Buang dan Wallace, menjadikan Wallace seakan tidak memandang hasil kajian Buang. Dan tidak mengambil atau mengangkat kajian buang di mata dunia."

"Jadi persoalanya sekarang, kita perlu tahu apa yang telah Buang temui dalam kajian sains belaiu..? memahami apa yang telah di temui dalam kajian beliau bukan sahaja satu kelebihan dalam dunia sains , tetapi juga memberi satu penerangan baru tentang kaedah berbeza dalam kajian sains”

Antara kajian buang yang di temui di dalam catitan nya adalah ‘menghasilkan tenaga mengunakan buah durian” dan juga tumbuhan.

kajian BUANG. menghasilkan tenaga
 mengunakan buah Durian
medan tenaga di hasil kan oleh tumbuhan
dari buku nota BUANG yang di temui





Beberapa kajian berkaitan fizik juga di temui berkaitan momentum dan putaran , seakan-akan menjurus kepada kajian aeronatik  atau penerbangan

anatara catatan di dalam buku nota BUANG

catitan di dalam buku nota BUANG. ia seperti satu kajian Fizik aeronatik. yang di kaji melalui
kebolehan tumbuhan (Buah letop) membiak melalui kaedah penerbangan atau layangan


kajian dokumentari Isabella Desjuex mendapat penajaan dari beberapa badan yang berusaha mermartabatkan ketamadunan dan memelihara pencapaian Bangsa Melayu.



Dari apa yang kita ketahui melalui cerita berkaitan Saintis Melayu bernama Buang , jelas sekali bangsa Melayu mempunyai kepandaian yang juga hebat dalam kajian Sains. namun kerana menjadi lumrah pihak barat tidak akan sesekali mengangkat darjat atau kebolehan orang Melayu untuk di gunakan. mereka lebih sanggup menutup ilmu yang di pelopor oarng Melayu itu hilang dan di "senyapkan" supaya Bangsa Melayu tidak bangkit menjadi bangsa yang kuat. Oleh itu kita sebagai Bangsa Melayu wajib mengetahui bahawa bangsa Melayu hanya boleh bangkit dan maju dengan kekuatan sendiri. jika kita berharap pada bangsa asing untuk memajukan kita maka kisah BUANG akan berulang kembali. satu kehilangan yang besar buat peradaban Melayu yang sebenarnya selama ini satu bangsa yang hebat dalam pelbagai bidang.

rujukan artikal:
https://isabellecreates.wordpress.com/projects/buang-the-lost-malay-scientist/
https://vimeo.com/16263098
http://en.wikipedia.org/wiki/Alfred_Russel_Wallace

Monday, May 11, 2015

7 MENTERI BAKAL DIGUGUR DALAM ROMBAKAN KABINET NAJIB ?



Beberapa nama dan muka baru masuk menjadi sebahagian kabinet baru Dato Seri Najib untuk menghadapi ujian dan cabaran besar menjelang PRU14. Nama nama yang baru muncul di Jabatan Perdana Menteri seperti YB Khairy, Dato Asyraf diberi peranan khusus untuk menjaga orang muda dan golongan belia. Dato Azeez pula diberi peranan mengambil alih tempat Dato Razali Ibrahim, selain menjaga 1M4U.

Tan Sri Nordin Kardi dipilih sebagai menteri penuh Menteri Pengajian Tinggi (diwujudkan semula) kerana pengalamannya sebagai Naib Canselor sebagaimana sebelum ini Tan Sri Musa Mohamed Naib Canselor USM yang menjadi Menteri Pendidikan. Dato Imro yang aktif dalam belia dan NGO dijangka akan memberi nafas baru untuk misi emas olimpik dan Piala Dunia. Ahmad Maslan diberi kepercayaan penuh untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan menerusi kementerian penerangan. 

Beberapa nama besar yang gugur dijangka akan ditempatkan di GLC dan beberapa tempat strategik. Idris Jala difahamkan akan ditempatkan di 1MDB untuk mengukuhkan institusi itu. Shahidan Kassim yang rapat dengan kerajaan Arab Saudi dilapor akan menerajui Tabung Haji. 

Manakala Hassan Malek pula akan menjadi CEO KWSP yang baru. Jamil Khir dikata pergi ke Bank Rakyat. Jailani Johari akan kembali menerajui SKMM. Tajuddin Rahman pula akan mengisi kekosongan sama ada sebagai Ketua Pengarah JASA atau di Felda. Nazri Aziz khabarnya akan diutus ke Amerika Syarikat serta kukuhkan pelaburan FGV di peringkat antarabangsa. Anifah pula memilih untuk merehatkan diri. 
walau bagaimana pun diharap pihak pihak terbabit tampil untuk memberi komen apakah benar "perkhabaran ini", ribut rombakan makin kuat. Rakyat dahagakan perubahan. 

Di gugurkan : 

1) Hassan Malek
2) Idris Jala
3) Jamil Khir
4) Nazri Aziz
5) Anifah Aman
5) Jailani Johari
6) Tajuddin Rahman
7) Shahidan Kassim

Senarai Nama Menteri Kabinet Malaysia (Kemaskini Jun 2015)

Perdana Menteri
Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak

Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Menteri
Dato' Asyraf Wajidi Dasuki
Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Dato' Seri Idris Jusoh
Dato’ Mah Siew Keong
Senator Datuk Paul Low Seng Kuan
Puan Hajah Nancy Haji Shukri
Senator Dato' Sri Abdul Wahid Omar
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri:
Dato Azeez Rahim

Kementerian Kewangan
Menteri I: Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri II: Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri: Dato Johari Ghani
Timbalan Menteri: Datuk Chua Tee Yong

Kementerian Pendidikan
Menteri : Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri : Tan Sri Nordin Kardi
Timbalan Menteri : Dato Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: Tuan P. Kamalanathan A/l P. Panchanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Haji Ahmad Haji Maslan
Timbalan Menteri: Dato' Poad Zakarshi

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Dato' Sri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Senator Dato' Lee Chee Leong
Timbalan Menteri: Datuk Ir. Haji Hamim Samuri

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Dato' Seri Mahdzir Khalid

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri Palanivel A/l K. Govindasamy
Timbalan Menteri: Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Dato’ Sri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri: Dato Mas Ermiyanti

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob

Semua figura-figura yang disebut adalah khabar angin yang kuat bertiup. bagaimanapun kita nantikan pekara yang sebenar berlaku dari pengumuman Perdana Meneteri Datuk Seri najib Tun Razak yang di jangkakan pada hari ini. 12.05.2015

Gerakan menjatuhkan Datuk Ahmad Maslan sedang bermula oleh perosak UMNO.?


Sebuah Blog Pro UMNO melaporkan bahawa terdapat ura-ura Datuk Ahmad Maslan bakal di singkir dari kabinet Najib bila mana rombakan kabinet bakal di lakukan tak lama lagi. Menurut Blog Pistol Nakal sumber itu datang dari dalaman UMNO. Pastinya sumber yang di maksudkan oleh Pistol Nakal adalah sumber yang berkedudukan di dalam UMNO yang mana mampu mengubah kedudukan atau menyingkir kedududkan seseorang MT dan kedudukan di dalam kabinet Najib.

Pistolnakal.blogspot 
Persoalannya. adakah UMNO bertindak bijak menyingkirkan Datuk Ahmad Maslan dari post di MOF sebagai Tim Menteri Kewangan dan jawatana lantikan sebagai Pengerusi Penerangan UMNO? , jika benar akan berita yang di tulis dari Blog Pistol Nakal itu..?



Kerja –kerja Penerangan

Jika kita menelusuri akan gerak kerja Datuk Ahmad Maslan dari awal menjadi Ketua Penerangan UMNO. Kita dapat melihat akan komitment beliau dalam menjalankan tangung jawab yang di berikan kepada beliau. Beliau komited dengan pelbagai kaedah dan cara untuk mengembalikan keyakinan rakyat terutama penduduk luar Bandar kepada UMNO, setelah UMNO menang  tipis  pada ketika PRU13. Bermula dari PRU13 yang memberi impak besar kepada kekuatan UMNO. Datuk Ahmad Maslan begitu bersungguh-sungguh menjalankan tanggung jawab yang diberi kepada beliau. Beberapa PRK menjelaskan akan keperibadian beliau yang menjadi contoh kepimpinan UMNO kepada rakyat marhain. Apabila beliau tanpa mengira penat lelah berkerja mendekati rakyat dengan serapat mungkin. Jika kawasan PRK itu ada mempunyai Felda pastinya beliau akan berkampung dan tinggal bersama peneroka Felda demi merasa denyut nadi rakyat. Beliau amat bersahaja melakukan semua aktiviti kemasyarakatan, bersama rakyat.



Menjadi Timbalan Menteri Kewangan .

Beliau dengan rangkaian jentera Penerangannya telah membuktikan akan keunggulan perlaksanaan tugasan dalam setiap PRK selepas PRU13. Kekuatan mental dan fizikal yang ada cukup menjadikan beliau seorang yang kental berjuang tanpa rasa penat  atau takut dengan serangan musuh. Namun begitu  kerap kali jawatan dan tangung jawab beliau tidak datang dengan bentuk peruntukan yang sewajarnya. Kerap kali jentera yang membantu akan terasa agak penat  apabila peruntukan yang sewajarnya tidak turun  dari UMNO yang sepatutnya memberi secukup perbelanjaan kepada beliau selaku Jenderal Perang. Pekara ini berlaku berulang kali. Namun Datuk Ahmad Maslan tetap mendiamkan diri walaupun begitu para jentera amat memahami akan situasi sebenar apa yang berlaku. Beliau dengan inisiatif yang ada dengan kekuatan yang ada dengan bekalan yang ada terus berperang ke medan perang di kala beberapa pemimpin UMNO lain sedang bergelak ketawa menikmati habuan  perang yang sepatutnya bukan milik mereka tetapi milik para perjuang di bawah. Salah siapkah ini..?

Kemenangan pada PRU13 memberi rezeki kepada Datuk Ahmad Maslan , apabila beliau di lantik sebagai Tim Menteri Kewangaan.  Datuk Seri Najib rupanya telah yakin akan kebolehanbeliau dalam gerak kerja penerangan, Penerangan adalah bidang kemahiran Datuk Ahmad Maslan. Beliau di lantik atas sebab beberapa dasar kerajaan bakal di laksanakan, dan Datuk Ahmad Maslan mendapat kepercayaan untuk mengetuai kementerian Kewangan dalam penerangan berkaitan GST.



GST

Isu GST menjadi tajuk panas di seantero Malaysia. Namun Datuk Ahmad Maslan telah menunjukan komitment yang sangat kuat dalam penerangan dan juga perlaksanaan GST. Bermula dengan program penerangan GST seluruh Malaysia yang di jalankan bersama KASTAM di bawah MOF. Beliau berusaha menyampaikan penerangan dengan bahasa rakyat atau bahasa mudah ,. Bagi rakyat memahami akan apa itu GST. Namun kelihatannya Datuk Ahmad Maslan berkerja berseorangan dalam tugasan ini , yang mana tugasan perlaksanaan ini juga berkait rapat dengan KPDNKK dan KKMM. Beliau di serang dari pihak PR dan juga dari pihak UMNO sendiri tanpa belas.

Tetapi pernahkah anda terfikir , Selepas semua wakil UMNO atau BN di Bahagian yang di jemput menghadiri taklimat GST di setiap Negeri , Adakah mereka menjalankan tugas mereka membantu UMNO/BN menerangkan apa itu GST kepada sekurang-kurangnya ahli sendiri di peringkat Bahagian, DUN dan cawangan masing-masing..? Admin rasa memang tiada satu pun tindakan yang seperti itu di buat oleh mana-mana bahagian UMNO atau BN.

Sementera para pengiat media maya. Mempunyai kurang pemahaman akan maklumat GST, bukan kerana kurang nya info tapi malas membuat penyelidikan sendiri. Terikut-ikut dengan nada pembangkang menyerang Datuk Ahmad Maslan tanpa rasa segan dan malu yang kononnya sebagai semboyan UMNO dan BN, kononnya yang mempertahankan Parti keramat ini. Maka satu persepsi yang tidak baik cuba di ujudkan untuk membenam, seorang Jenderal Perang yang amat bagus kepada UMNO. Ini berlaku kerana semata-mata ada individu di dalam UMNO yang rakus jawatan tetapi tak tahu buat kerja. Jika ini berlaku maka hayat UMNO berada di hujung tanduk akibat. Pembunuhan Jenderal Perang sendiri oleh ahli UMNO yang mempunyai pemikiran rendah IQ, yang tidak tahu membezakan yang mana intan yang mana kaca.



Kesetiaannya pada Presiden UMNO.

Datuk Ahmad Masaln di ketahui umum seorang yang setia dengan Presiden UMNO. Di kala kemelut pegeseran Tun Mahathir dan Datuk Seri Najib yang berlaku sekarang. Datuk Ahmad Maslan dengan jelas mempertahankan dasar kerajaan yaitu GST yang di laksanakan , adalah satu dasar yang baik di era pemerintah Datuk Seri Najib. Beliau bagai mana pun masih mengunakan nada yang sesopan mungkin  bagi menghormati Tun Mahathir bahawa mungkin Tun Mahathir kurang faham dengan GST. Jika kita lihat di kala ini siapakah dengan terang bersama-sama mempertahkan Datuk Seri Najib secara terbuka.? Ya fikirkan lah jika ada gerakan bodoh di dalam saf kepimpinan Najib yang cuba merosakkan struktur pentabiran yang baik bagi mengisi dengan diri sendiri atau proksi masing-masing , maka UMNO akan jahanam meyembah bumi.



Jika benar apa yang di laporkan oleh Blog Pistol Nakal. Maka rombakan kabinet akan di penuhi oleh sampah sarap yang bakal menghancurkan UMNO/BN. Ironisnya beberapa menteri yang di ketahui umum tiada kerdibiliti, kerap menimbulkan masalah kepada UMNO tidak pulak di petik selaju mereka memetik nama Datuk Ahmad Maslan.

Adakah UMNO bakal menjadi satu lagi bahan artifak di muzium nanti. Adakah Datuk Seri Najib benar-benar cerdik sebagai Pemimpin Negara yang mana tahu siapa yang berkerja dan siapa yang sedang main wayang.. kita nantikan keputusannya. Pada rombakan kabinet yang bakal di lakukan  seperti yang di katakan di dalam Blog Pistol nakal.

Friday, May 8, 2015

GST dan tekad Tim Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan

GST memberi impak yang sangat besar pada masa kini kepada kerajaan Barisan Nasional. pihak pembangkan cuba memainkan isu-isu GST sebagai satu tekanan kepada BN bagi merosakan dasar kerajaan yang baik ini demi menjaga kepentingan rakyat Malaysia.

Tim Menteri Kewangaan Datuk Ahmad Maslan di lihat berkerja keras menjalankan misi GST ini dengan penuh tekun dan berwibawa. baagaimana pun sokongan jentera kerajaan dan Barisan Nasional dan menteri-menteri yang berkaitan adalah amat-amat di perlukan keran skop dan bidang yang di perlukan dalam perlaksanaan GST adalah melibatkan banyak pihak. Datuk Ahmad Maslan dalam tweetnya optimis akan kelancaran GST dapat di laksanakan .


Beliau mengariskan bahawa GST akan berjaya sekiranya:

1.Semua agensi yang berkaitan MOF, KPDNKK dan KASTAM terus menerus menjalankan program mendidik rakyat dan penguna tentang keperluan GST. ia adalah satu bentuk meng-ilmu dan memberi pengetahuan kepada rakyat tentang perjalanan GST, kepentingan kepada rakyat dan kerajaan. kebaikan dan faedah kepada rakyat terutama, rakyat yang dari golongan serderhana dan tidak berpendapatan tinggi. kebaikan kepada Pengilang & pemborong dan penjual /peniaga yang mana dapat mengurangkan kos yang tersembunyi apabila sistem akuan sykt di kemaskini dengan baik hasil dari impak GST,

Ia juga mengurangkan cukai pendapatan syarikat kepada 1 persen dari nilai pendapat sebelum ini. dalam masa yang sama syarikat-syarikat juga mampu menyumbang kepada kemajuan negara hasil dari pembayaran GST yang amat berpatutan dan tidak keterlaluan berbanding SST. ia juga memberi laluan yang terang kepada syarikat-syarikat yang kurang pendapatan RM 500.000 kebawah untuk tidak merasa risau dan bercelaru akan pembayaran cukai pendapatan syarikat. sementara cukai pendapatan individu akan turun kepada 1-3 persen dari nilai sebelumnya.

2. Jika SST sebelum ini adalah 10 peratus ke atas cukai barang dan perkhidmatan , kini dengan GST cuma 6 peratus. dan perlaksanaan GST secara amnya menurunkan harga barang dan perkhidmatan yang diterima oleh rakyat. SOP yang di guna pakai adalah seperti berikut:

contoh: Barang A berharga RM110.00

Harga barang tanpa cukai (10% SST)= RM100.00
Harga dengan cukai  SST              =RM110.00

Selepas di tukar GST

Harga barang tanpa cukai (6% GST)= RM100.00
Harga barang dengan cukai GST= RM 106.00

3. Perkhimatan makanan asas dan keperluan utama di kecualikan GST. jika SST semua jenis produk makanan dan perkhidmatan di kenakan cukai.. ia tidak dengan GST di mana kerajaan mengambil kira kepentingan keperluan asas rakyat . barang-barang dapur seperti , Beras, Ikan, Ayam. bawang , cili (semua produk asas dapur) tidak di kenakan GST. ia amat bagus untuk rakyat Malaysia untuk lebih mempunyai nilai belian hasil penjimatan dari pengecualian cukai kepada barang keperluan rakyat.

4. GST juga akan berjaya jika para peniaga bertangung jawab dan ber-etika menurunkan harga barang dengan kadar yang sepatutnya hasil dari perlaksanaan GST , jika para peniaga mengambil langkah sebaliknya maka ia akan merosakan faedah GST kepada rakyat. maka di sini pengkuat-kuasan KPDNKK dan KASTAM amat-amat di perlukan bagi mengheret peniaga tamak dan tiada etika ke muka pengadilan kerana cuba menipu , menganiaya dan mengkhinati rakyat Malaysia dan kerajaan berdaulat Malaysia.

5. Sementara rakyat juga di alu-alukan menjadi sebahagian anggota pengkuatkuasa kerajaan secara tak rasmi sebagi mata dan telinga kerajaan dalam memantau dan membuat tindakan seperti melaporkan aktiviti penipuan harga jualan kepada kerajaan seperti KPDNKK dan KASTAM atau memboikot syarikat-syarikat atau kedai-kedai terbabit.

Sebagai rakyat, "ANDA adalah HERO MALAYSIA" yang sebenar, yang memerhati , memantau dan bertindak sebagai pengarah kepada operasi-operasi kecil di tempat anda dalam menjaga perjalanan GST ini. Apa yang anda perlu lakukan , membuat pemantauan, tindakan boikot bersam komuniti anda jika ada kedai-kedai yang degil dan menipu. serta membuat laporan terus kepada pihak KASTAM dan KPDNKK untuk tindakan. dan seandainya kedua-dua pihak ini masih gagal dalam tindakan mereka anda mempunyai kuasa untuk melaporkan terus kepada MOF akan situasi ini .

5.Sebagai Rakyat Malaysia , Anda semua adalah "WIRA NEGARA"..sekiranya anda menjaga Negara kita bersama-sama membantu dasar kerajaan dalam menjaga kepentingan Rakyat. Bersama kita bantu Datuk Ahmad Maslan demi kepentingan diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita amnya serta anak cucu-cucu kita pada masa hadapan. Insyallah.

Saturday, April 25, 2015

GST dan Hukum dari segi syarak.

GST menjadi topik hangat di perkatakan di kalangan masyarakat Malaysia sekarang. setelah pelbagai andaian, pendapat dan juga cemuhan yang di lemparkan terhadap dasar kerajaan yang melaksanakan GST. kini kedengaran pula tentang kesesuaiannya dari segi hukum syarak pelbagai bentuk pendapat dan fatwa-fatwa yang tidak di iktiraf di keluarkan.

Datuk Hj Ahmad Maslan dalam Tweet nya telah menjelaskan akan hukum GST dari sudut pandangan syarak oleh tokoh-tokoh penting yang berwibawa mengeluarkan fatwa yang sah.
melalui tweetnya beliau telah menjelaskan akan kepentingan GST di sisi Islam bagi mentadbir dan membangunkan sesebuah negara.



Sementara satu  Seminar Kebangsaan Goods and Services Tax (GST) Menurut Perspektif Islam bertempat di Masjid Putra, Putrajaya. Matlamat penganjuran seminar ini ialah untuk  memberi kefahaman dan penjelasan yang tepat kepada masyarakat terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dari perspektif  Islam.




Barisan penceramah dan ahli panel yang dijemput ialah :
YBrs. Tuan Aspawi bin Ismail
Penolong Kanan Pengarah Kastam II
Tajuk :Pelaksanaan GST dan Isu-isu Terkini
YBrs. Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman
Pengarah CFiRST UTM & Felo Fatwa Jakim
Tajuk :GST Berdasarkan Fiqh Kontemporari
YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Haji Dusuki
Yang DiPertua YADIM
Tajuk : Cukai Dalam Pemerintahan Islam : Hak Kerajaan dan Tanggungjawab Rakyat
YBhg. Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Tajuk : Cukai Dalam Pemerintahan Islam : Hak Kerajaan dan tanggungjawab Rakyat

dan dari rujukan yang di buat di e-fatwa.gov  telah menjelaskan dengan terperinci akan kepentingan pungutan GST kepada rakyat demi mentadbir dan membangunkan negara, berikut adalah petikan di website e-fatwa:


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:


1. Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.

2. Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa:
i. Sumber pendapatan negara yang dikutip daripada rakyat dibahagikan kepada dua iaitu zakat dan cukai. Isu cukai adalah isu siyasah syar'iyah yang bergantung kepada maslahah yang berbeza-beza antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan maslahah pada sesuatu zaman berbanding zaman yang lain.
ii. Cukai yang tidak berasaskan maslahah yang dibenarkan oleh Syarak adalah diharamkan. Oleh itu, jika Kerajaan sesebuah pemerintahan mengutip cukai bagi memenuhi maslahah daruriyat dan hajiyat rakyat, seperti untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat serta untuk keperluan jihad fi sabilillah, maka ia adalah dibenarkan.
iii. Sebahagian ulama iaitu Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, Ibn al-Musili al-Syafi'i, al-Syatibi, Ibn Khaldun, ulama semasa Mahmud Syaltut dan Ahmad al-Raysuni membenarkan Kerajaan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara.
iv. Majoriti para ulama berpandangan Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat. Namun jika terdapat keperluan yang mendesak, maka Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai bagi memenuhi maslahah umum rakyat berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah:

الشريعة وضعت لمصالح العباد ودرء المفاسد عنهم
"Syariat itu dibina atas dasar memenuhi maslahah manusia dan menjauhkan mafsadah daripada mereka".
3. Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa apabila Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, wujud kemudharatan khusus iaitu harta milik rakyat akan berkurangan. Namun, jika cukai tidak dikutip, banyak maslahah umum tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan. Oleh itu, berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah يُتَحَمَّلُ الضَّرَرُ الْخَاصُّ؛ لِأَجْلِ دَفْعِ ضَرَرِ الْعَامِّ (Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan umum), Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi maslahah umum.
4. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat, dan pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter syarak seperti berikut:
i. Kerajaan Komited Melaksanakan Syariat Islam;
ii. Kerajaan Memerlukan Sumber Kewangan;
iii. Cukai Yang Dikutip Hanya Untuk Memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat;
iv. Bebanan Cukai Dikutip Secara Adil;
v. Cukai Dibelanjakan Untuk Maslahah Ummah Bukan Untuk Maksiat;
vi. Agihan Cukai Hendaklah Bertepatan Dengan Ijtihad Ulama Semasa dan Setempat;

Oleh itu sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang beriman dan bertanggung jawab terhadap agama dan negara , adalah amat penting kepada kita untuk patuh dan menerima sebarang dasar kerajaan yang menjaga kepentingan agama islam dan malaysia supaya kita mampu maju kehadapan sebagai satu Negara Islam yang berjaya dan menjaga rakyatnya dengan baik dan berkebolehan mencapai kemajuan yang setanding dengan negara-negara maju yang lain.